Saman AXE Kerana Gagal Memikat Perempuan

Aku memang tergelak bila baca email yang diforward ke inbox mail aku..pepagi hari aku dah tergelak terguling-guling baca kes nie..adohai..pengaruh TV kuat sesangat.Berkaitan dengan pewangi jenama AXE.

Betapa tergoda nya wanita ini...

Walaupun cerita ini dah agak lama dan memandangkan aku baru terima aja cerita ini aku tetap nak share dengan pembaca-pembaca sekalian.

Mangsa Yang Terpedaya Dengan Iklan

New Delhi, Seorang lelaki India berusia 26 tahun menyaman perusahaan HUL (Hindustan Unilever Limited), yang memasarkan produk wangian lelaki AXE, dengan tuduhan telah menipu dan menyebabkan 'penderitaan mental'.

Lelaki tersebut menyebut kegagalannya untuk memikat gadis, meskipun dia telah menggunakan produk AXE selama lebih dari tujuh tahun sampai sekarang. Iklan AXE menunjukkan bahawa produk-produk itu membantu kaum lelaki untuk menarik perhatian wanita.


Vaibhav Bedi, lelaki India tersebut juga menyerahkan semua bukti ke mahkamah dari semua produk yang telah digunakan mahupun yang belum dipakai, yang berupa deodorant sprays, perfume sticks and roll-ons, anti-perspirants, aftershaves, body washes, shampoos dan hair gels dengan jenama AXE.


Vaibhav Bedi juga meminta agar semua produk itu diperiksa di makmal. "Lalu dimana Axe Effect-nya? Saya sudah menunggu selama lebih dari tujuh tahun. Sejak kuliah sampai dengan saya bekerja di pejabat, tidak ada seorang pun gadis yang mahu ajak saya berdating bahkan hanya untuk minum teh atau kopi dengan saya".

"Meskipun saya yakin mereka boleh mencium bau perfum, deodorant dan aftershaves yang saya pakai. Saya selalu menggunakan produk itu dengan harapan boleh menjadi seperti apa yang terjadi pada iklan di TV".

Vaibhav mendakwa bahwa dia telah menggunakan semua produk AXE sesuai arahan yang ada sejak pertama kali dia membelinya. Dia berpendapat bahawa jika dia tidak boleh mengalami AXE Effect meskipun telah menggunakan produk sesuai petunjuk, bererti perusahaan telah menipu atau menjual produk palsu.


Saya selalu menyimpannya di tempat sejuk dan kering, dan menjauhkan mereka dari cahaya matahari langsung atau panas. Saya selalu menggunakan pembaris sebelum menyemburkan untuk memastikan bahawa jarak antara nozzle dan ketiak saya adalah sekurang-kurangnya 15 cm.

Saya selalu melakukan sesuai petunjuk pemakaian. Saya bahkan memukul anak saudara saya yang berusia 5 tahun kerana mendekati almari saya, sesuai dengan anjuran yang menyatakan agar menjauhkan AXE dari jangkauan kanak-kanak.


Vaibhav mendakwa bahwa dia telah mengalami banyak penderitaan mental dan penghinaan di depan awam kerana tidak adanya AXE Effect dan dia ingin agar perusahaan AXE membayar ganti rugi kepadanya untuk semua penderitaan tersebut.

***Manusia begini pun ada kat dunia nie..Adohai....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dilema oh Dilema

Dilema Di Persimpangan

Mood sekarang nak menyanyi lagu Nora di persimpangan dilema.

Ini lah yang terjadi dalam hidup aku sekarang ini, diri aku berbetul berada didalam persimpangan, manakan tidaknya dah lah aku ada masalah perhubungan dan sekarang pula aku kenal seseorang yang juga ada masalah dalam perhubungan dan yang pasti memasing telah mempunyai hubungan dengan pasangan memasing lebih dari 8 tahun dan lebih menarik lagi pasangan memasing ada pula orang lain sebagai teman istimewa dan mereka juga tak nak kehilangan pasangan lama dan pasangan baru dan kita orang pun masih sayangkan lagi pasangan kita orang.Macam mana cerita nie kita orang pun pening tak tau nak buat macam mana.Apa yang pasti layankan aja..hahahaha..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari Menari @ Pesta Maybank 2011


With Pn Nora Head HR Group

Wah dah lama tak update my blog,coz memang terlalu busy sesangat dalam bulan julai ni sebab sibuk wat preparation untuk Pesta Sukan Maybank 2011 yang baru aja berlangsung pada 15 hingga 17 Julai di Maybank Training Center,Bangi.

Pesta sukan pada tahun ini memang meriah,sebab kontijen yang datang bertanding semakin bertambah,pada tahun ini ada kontijen dari BII Indonesia dan Kim Eng Thailand,so dah macam mini sukan SEA pun ada sebab ada Kontijen Singapore yang sedia ada dan Kontijen Filiphina yang baru start masuk bertanding last year.

So game kali nie,fizow join hoki yang awal-awal lagi dah kena belasah.hua hua hua,bak kata my team member team-team hoki lelain ada national player dan state player bagai,manakala team kita orang semua estet-estet player,so confirm jadi mangsa.Apa-apa pun memang enjoy lah,tak ada gaduh-gaduh,tentangan pun still tetap ada coz ada yang bergaduh sesama mereka untuk menembus gawang kita orang..hehehehe..

Malam terakhir pula,fizow masuk Team Performance.Alhamdulilah segala penat lelah yang dilalui berjaya juga diharungi,walaupun kami dapat tempat ketiga,tetapi apa yang pasti kepuasan menghiburkan orang ramai memang berbaloi,kerana selepas membuat persembahan itu pelbagai pujian diterima dari kontijen-kontijen yang ada.Nak ikut juri sesangat biasa lah kan,bukan juri luar pun so malas nak kata apa-apa..cam ner pun kemenangan team Sabah memang satu pujian sebab dia orang wat tarian tradisional sabah yang sungguh mantap sekali.

On The Dance Floor

5 6 7 8

Standy untuk mengegarkan stage





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS