Selamat Datang Ke Malaysia Baru


Dimanakah kesilapan yang berlaku..hanya mereka dan mereka saja yang tahu.satu tamparan yang sungguh hebat buat PAK LAH.belum pernah dalam pilihan raya malaysia,Barisan Nasional kalah seteruk pilihan raya Ke 12 kali ini.Ini lah yang dilaungkan oleh PAK LAH kemenangan besar sebelum pengundian hari itu.PAK LAH perlu sedar kebangkitan penduduk bandar,jika dilihat seluruh bandar-bandar besar jatuh ke tangan PAS,DAP dan PKR.PAK LAH sendiri perlu sedar,mereka yang menang semua dipilih oleh rakyat,jadi jalankan lah pekerjaan itu untuk rakyat.

Kalau sepanjang 2004 sehingga 2008,PAK LAH boleh tidur lena dengan isteri barunya dan cucu dari menantu kesayangannya,jadi kali ini PAK LAH dah tak boleh tidur lena lagi,Kalau nak tidur dengan lena PAK LAH perlu lah letak jawatan.PAK LAH perlu ingat langit itu tidak selalunya cerah,kerana PAK LAH terlalu fikirkan kecerahan cuma satu cahaya kecerahan yang masih cerah bersinar di utara sekali iaitu PERLIS,negeri yang dikatakan oleh KJ dan kroni-kroninya yang kata akan jatuh ke tangan PAS.

Jadi sekarang ini PAK LAH perlu dengar pandangan siapa,KJ sebagai menantu PAK LAH yang kini sudah menjadi MP REMBAU atau mendengar pandangan RAKYAT MALAYSIA YANG MINTA KECERAHAN BUKAN KEGELAPAN jadi yang mana satu masih PAK LAH nak dengar.

Lagi satu PAK LAH terlalu mempersendakan TUN MAHATHIR bapa kesayangan rakyat MALAYSIA,jadi ingatlah PAK LAH jangan sesekali mempersendakan TUN M kerana TUN M lebih arif dengan Rakyat MALAYSIA daripada PAK LAH.Jadi segala projek kerajaan yang dicadangkan oleh TUN M ketika dulu,perlulah PAK LAH sambungkan semula projek itu dan PAK LAH,rakyat malaysia hendakkan pemodenan bukannya hendak kembali ke zaman 70-an yang disuruh bercucuk tanam.

Sekali lagi PAK LAH,sama ada PAK LAH hendak mendengar KJ atau mendengar pandangan dan suara RAKYAT MALAYSIA.PAK LAH pilih yang mana satu PAK LAH suka.

Disini juga Fizow hendak sertakan juga wajah-wajah yang sudah menjadi KENANGAN mulai 09 MARCH 2008 iaitu :-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: