Aku Kekeringan Idea...

Dah lama Fizow tak update blog ni.Lagipun Fizow tak tau nak tulis apa wat masa ini.
Rasa tengah kekeringan idea kat dalam otak ni.Tapi apa yang pasti Jumaat depan umur
Fizow dah 25 tahun.Terasa diri ini dah semakin dewasa,dan umur semakin meningkat.
Tak per la.Kalau Fizow ada pekara yang tulis dan pekara menarik yang hendak dikongsikan
nanti fizow update la yer.Apa yang pasti sekarang ni Akademi Fantasia sudah bermula.Vote for Mama Rina(mama rock),Lufya(comel nyer) dan Nubhan(suara best..dan orang negori den)hahaha..Tapi rasa nya Fizow takkan beri komen berkaitan dengan AF,sebab banyak lagi blog-blog lain yang Fizow baca penuh dengan komen-komen yang lebih bagus untuk AF.Dan pasti mulai esok mungkin Fizow akan sibuk dengan kerja,iya lah memacam benda yang akan ditukar kat tempat kerja dan satu Malaysia akan menerima pertukaran tersebut,tapi Fizow tak boleh nak cerita sekarang tunggu lah sidang akhbar dibuat yer..baru lah boleh fizow ceritakan dengan teperinci dan akan membantu untuk melakukan nya yer..ok la..kita jumpa dalam cerita akan datang...tunggu ya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PERAK OH PERAK

Apa lah cerita di Perak sekarang ni ya.Entah-entah kena mengundi semula.Iyalah kata sepakat belum diketahui lagi,DAP berharap daripada PAS untuk membentuk kerajaan campuran negeri Perak,tetapi syarat yang diminta oleh PAS dia orang nak jadi MB Perak,jadi kesimpulan nya masih tersimpul lagi.

Apakah PAS akan bersatu dengan DAP di PERAK untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri campuran disana.Kalau PAS bersatu alamatnya PAS telah menjilat ludahnya sendiri,kerana PAS pernah keluarkan kenyataan bahawa orang-orang UMNO adalah kafir kerana orang UMNO bersatu dengan MCA,MIC,GERAKAN dan lain-lain parti yang terdapat dalam BN.Jadi adakah DAP dinaungi oleh orang beragama ISLAM? Satu MALAYSIA dan DUNIA tahu DAP adalah parti politik yang ditubuhi oleh golongan CINA.

Jadi apakah kesudahan di PERAK,kita tunggulah beramai-ramai akan keputusannya.Apakah keputusan yang diberi oleh DAP dan apakah alasan yang diberi oleh PAS.Semuanya masih dalam persoalan lagi atau pun rakyat PERAK perlu bersedia kembali untuk mengundi kembali.

PERAK OH PERAK.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Datang Ke Malaysia Baru


Dimanakah kesilapan yang berlaku..hanya mereka dan mereka saja yang tahu.satu tamparan yang sungguh hebat buat PAK LAH.belum pernah dalam pilihan raya malaysia,Barisan Nasional kalah seteruk pilihan raya Ke 12 kali ini.Ini lah yang dilaungkan oleh PAK LAH kemenangan besar sebelum pengundian hari itu.PAK LAH perlu sedar kebangkitan penduduk bandar,jika dilihat seluruh bandar-bandar besar jatuh ke tangan PAS,DAP dan PKR.PAK LAH sendiri perlu sedar,mereka yang menang semua dipilih oleh rakyat,jadi jalankan lah pekerjaan itu untuk rakyat.

Kalau sepanjang 2004 sehingga 2008,PAK LAH boleh tidur lena dengan isteri barunya dan cucu dari menantu kesayangannya,jadi kali ini PAK LAH dah tak boleh tidur lena lagi,Kalau nak tidur dengan lena PAK LAH perlu lah letak jawatan.PAK LAH perlu ingat langit itu tidak selalunya cerah,kerana PAK LAH terlalu fikirkan kecerahan cuma satu cahaya kecerahan yang masih cerah bersinar di utara sekali iaitu PERLIS,negeri yang dikatakan oleh KJ dan kroni-kroninya yang kata akan jatuh ke tangan PAS.

Jadi sekarang ini PAK LAH perlu dengar pandangan siapa,KJ sebagai menantu PAK LAH yang kini sudah menjadi MP REMBAU atau mendengar pandangan RAKYAT MALAYSIA YANG MINTA KECERAHAN BUKAN KEGELAPAN jadi yang mana satu masih PAK LAH nak dengar.

Lagi satu PAK LAH terlalu mempersendakan TUN MAHATHIR bapa kesayangan rakyat MALAYSIA,jadi ingatlah PAK LAH jangan sesekali mempersendakan TUN M kerana TUN M lebih arif dengan Rakyat MALAYSIA daripada PAK LAH.Jadi segala projek kerajaan yang dicadangkan oleh TUN M ketika dulu,perlulah PAK LAH sambungkan semula projek itu dan PAK LAH,rakyat malaysia hendakkan pemodenan bukannya hendak kembali ke zaman 70-an yang disuruh bercucuk tanam.

Sekali lagi PAK LAH,sama ada PAK LAH hendak mendengar KJ atau mendengar pandangan dan suara RAKYAT MALAYSIA.PAK LAH pilih yang mana satu PAK LAH suka.

Disini juga Fizow hendak sertakan juga wajah-wajah yang sudah menjadi KENANGAN mulai 09 MARCH 2008 iaitu :-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Sang Penglipur Lara

Assalammualaikum.

Aku x tau kenapa la mata aku masih belum boleh lelap lagi.Mungkin kerana terlalu panas kut.Iya la sekarang ni sana sini semua tengah panas-panas belaka atau boleh dikategorikan sebagai berbahang juga la,dengan bahang pilihan raya yang tengah hangat sekarang ni,sampai mak aku bising dengan aku sebab tak mendaftar lagi..hehehe...(sorry la mom,terlupa nak daftar) so nanti sesama la kita menunggu pada 8hb Mac nanti siapa yang menang atau pun yang kalah ya,pastu bahang Akedemi Fantasia ke 6 pun dah nak melanda sekarang ini,pengacara sudah diketahui iaitu AC Mizal untuk konsert mingguan manakala Sarimah atau Kak Mah Gali untuk diari harian,cuma sekarang ini tinggal bakal peserta aja yang hendak diumumkan,so sesama la yer kita nanti kan dan bersiap sedia la dengan telefon telefon memasing ya,untuk mengundi.Undian dibuka kepada semua pihak tidak mengira umur ya,semua boleh mengundi.

Tak per la,aku malas nak story pasal tu,apa yang aku nak story sekarang ini pasal sekeliling aku ini.Tapi bukan sekarang la,cerita nya mungkin aku dah dapat ilham yang banyak nanti aku story ya.

Tukang tulis,
FiZOW

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Assalammualaikum


...Tunggu Akan Kehadiran Fizow Di Alam Blogger Ini...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS