Hari ini teman member aku pergi ke Plaza Low Yat,pepagi buta dia dah call ajak aku teman kan dia,timing kul 11 pagi camtu lah,tapi sebelum tu, aku cakap dengan dia yang aku nak pergi Sg Besar,nak naik bas dalam jam 3 petang.Tengah aku kemas pakaian aku,tetiba kawan aku call,dia kata dah sampai kat area umah aku,tengok jam baru jam 10.30 pagi,aku baru aja nak masuk toilet nak mandi sebab kemas rumah sebelum tu,so aku suruh dia pergi breakfast dulu.Dekat jam 11.00 pagi baru aku turun.
Destinasi pertama yang ditujui ialah Bank di Bukit Bintang,pastu baru gerak ke Plaza Low Yat.Kita orang pergi sana sebab nak trade in notebook,aku rasa adalah kat 3 jam kita orang berpusing dalam Plaza tu, sebab kawan aku nak cari yang betul-betul berkenan dihati, akhirnya Laptop VAIO jadi pilihan hatinya,selepas upacara urusniaga dijalankan, kita orang pun nak gerak balik,tapi tetiba aku dapat sms dari akak aku,yang dia suruh aku datang esok saja,sebab malam ini dia ada operasi katanya.
Jadi,kita orang terus pulang ke rumah dan merobek-robek laptop baru tu,yang penting Yahoo Massenger kena install dulu katanya,nanti tak boleh cari makan pula nanti.
Low Yat..dan Sg Besar
1:07 AM |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment