Libur dan Berlibur...

Wah,rasa cam dah lama tak keluar jejalan pergi tengok wayang,iya lah selalu tengok movie pun secara HARAM..download aja..HAHAHAHAHA.. Dijadikan cerita,kita orang pergi tengok wayang di TiMES SQUARE,cerita yang menjadi pilihan ialah MADAGASCAR 2 Escape To Africa....

Pecah perut juga tengok cerita ini.Melihat telatah haiwan-haiwan tersebut dalam pengembaraan ke New York,tetapi kapal terbang yang dinaiki terhempas di Afrika dan juga telatah seorang Nenek Tua yang mempunyai hati kental untuk bertarung dengan Binatang.Apa pun sesiapa yang belum tengok cerita ini,pergi lah menonton,pasti tergelak besar punya...

Sebelum menonton wayang tu,kita orang singgah dulu dia kedai U Mobile.So dia orang ada promotion baru katanya,iaitu mendaftar UMobile Postpaid dan akan mendapat sebuah Handphone 3G Samsung.Cuba lah tengok poster dibawah ini ya..


Itu dia jenis-jenis handphone yang ditawarkan,jadi kawan aku berminat lah untuk mengambil handphone dan mendaftar lah dengan Umobile.Dah lah yang buat pendaftaran tu perempuan dan muka dia cam tak dapat nafkah batin di malam hari aja..hahaha..Iye lah senyum tak ada,semua tak ada lah.

Kita orang daftar dua nombor jadi dapat lah dua handphone dan buat pilihan model handphone yang berlainan sebab tak nak serupa,tapi sebelum keluar dari kaunter tu,kita orang check box,hanya satu handphone aja yang ada USB cable dan satu lagi tiada,jadi kita orang pergi lah semula ke kaunter dan jumpa perempuan itu semula,dan minta tukar model yang sama,tapi boleh dia kata apa,TAK BOLEH TUKAR SEBAB DAH SCAN.. dan kebetulan juga supervisor dia ada disitu dan beri alasan PENDAFTARAN DAH MASUK DALAM SISTEM.

Jadi berlaku ketidak puasan hati dan sebagai pepatah mengatakan CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT.. maka berlakulah perbalahan dan menyatakan pada mereka bahawa sistem ini adalah ciptaan MANUSIA..mustahil tak boleh buat pertukaran dan satu lagi pendaftaran tak sampai pun 15 minit,akhirnya mereka tewas juga dan memberikan model handphone yang sama,jadi jikalau sesiapa hendak mendapatkan handphone percuma itu pastikan anda mengambil model SAMSUNG SGH-Z170.

Ok la..Adios...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: