POP KUIZ@ECC


Tempat kerja aku memang best dan happening walaupun kekadang pening layan karenah pelanggan tapi walau macam mana pun tetap kena layan dengan penuh berhemah.Jadi,dijadikan cerita baru-baru ini QA Team buat pertandingan Pop Kuiz untuk memeriahkan suasana di deparment ini dan final pop kuiz pula akan berlangsung di Langkawi pada bulan hadapan.Selepas 3 kali pusingan dilakukan Banca Team akan bertemu dengan Customer Service Team di Langkawi.

Tema 1Malaysia menjadi pilihan untuk minggu ini

Waktu kuiz itu memang senak-senak perut dibuatnya,kalau ibu-ibu mengandung boleh terberanak lah juga waktu itu sebab jawapan yang diberi dan gelagat peserta dan penonton yang mengelikan hati semua orang.Walau bagaimanapun memang best sebab boleh mengeratkan lagi silaturahim dikalangan staff.

Pengacara Sensasi

Banca Team

Support Team

Customer Service Team

Banca Team dan Customer Service Team get ready ya,untuk pertemuan di Langkawi nanti.Yo Yo Vouge..Hahahaha

~Senyum Selalu~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RapidKL oh RapidKL


Itu dia,The Leading Transport Operator in Klang Valley tapi macam hampeh perkhidmatan yang diberi.Semalam 26 05 2010,seperti biasa LRT Kelana Jaya Lane buat masalah lagi dan jawapan seperti biasa masalah teknikal,sakit hati juga dibuatnya,manakan tidak sehingga bulan Mei ini entah kali keberapa kerosakan yang telah berlaku.

Sewaktu menunggu train datang dan kembali normal,bermacam-macam pekara dan runggutan yang di dengar dari kalangan penumpang-penumpang train.Ada yang nak bakar train la,nak buka company lrt baru lah dan ada yang nak buat surat complaint kepada PM dan bermacam-macam lagi perkataan dan ayat yang dikeluarkan,apa yang aku dengar cuma leh gelak dalam hati saja.

Satu masalah pula,bila train sampai,makhluk-makhluk dalam train itu tak reti nak masuk kedalam,terpaksa bertolak-tolakan baru boleh masuk.Kebanyakan umpama pentingkan diri sendiri,macam dia orang aja yang tahu nak balik rumah dan macam dia orang saja yang boleh naik train itu.Begitu lah sikap pengguna LRT dari dulu sampai sekarang,kekadang sakit hati dibuatnya dan menjadi-jadi lebih sakit hati bila masalah teknikal.Walau macam mana pun bersabar dan bertawakal aja lah.

~Senyum Selalu~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kalau Binatang ada FACEBOOK

Aku dapat email ini dari kengkawan ofis aku..memang lawak bodo..sakit juga perut dibuatnya..

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang
tersebut kat SHOUTOUT yg mcm kowang selalu post tu…….

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm
nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah...

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua
mau di sembeliiiiihhh!...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak
jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv
u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS...
uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap
malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar,
sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku
Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join
sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink
panther nyurik ikan bawal kepunyaan kaklelamajnun...

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn...gerun
tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee
seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan
tersengguk2....nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas
keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al
Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke
5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

~Senyum Selalu~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kini Ku Kembali...


Hai,dah lama aku tak update blog ini,hampir setahun lebih rasanya blog ini tak pernah di update.Sarang lelabah pun dah penuh agaknya,kalau adalah lelabah yang boleh hidup dalam blog ini.Tapi berpeluh juga ketiak dibuatnya untuk membuang segala sawang-sawang dan segala debu yang ada dalam blog ini kalau bebetul ada lelabah kat dalam ini umpama membersihkan rumah yang usang telah di tinggalkan begitu lama.huhuhu...

Tapi ada satu masalah juga,sejauh manalah kerajinan aku untuk update blog ini, dengan kerja lagi,dengan aktiviti luaran lagi,tapi tak apa,kalau ada cerita yang menarik akan aku update dalam blog aku ini.Lagi pun,sejak dua menjak ini memacam pekara yang berlaku di Sekeliling aku sama ada dipejabat,rumah atau dimana jua tempat yang aku pergi,pelbagai karenah dan ragam yang boleh dilihat,dan aku juga mungkin boleh berkongsi berkaitan dengan kerja aku yang boleh berguna buat kita semua.

Ok lah,tunggu lah artikel aku yang akan datang nanti ya..

~Senyum Selalu~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS