RapidKL oh RapidKL


Itu dia,The Leading Transport Operator in Klang Valley tapi macam hampeh perkhidmatan yang diberi.Semalam 26 05 2010,seperti biasa LRT Kelana Jaya Lane buat masalah lagi dan jawapan seperti biasa masalah teknikal,sakit hati juga dibuatnya,manakan tidak sehingga bulan Mei ini entah kali keberapa kerosakan yang telah berlaku.

Sewaktu menunggu train datang dan kembali normal,bermacam-macam pekara dan runggutan yang di dengar dari kalangan penumpang-penumpang train.Ada yang nak bakar train la,nak buka company lrt baru lah dan ada yang nak buat surat complaint kepada PM dan bermacam-macam lagi perkataan dan ayat yang dikeluarkan,apa yang aku dengar cuma leh gelak dalam hati saja.

Satu masalah pula,bila train sampai,makhluk-makhluk dalam train itu tak reti nak masuk kedalam,terpaksa bertolak-tolakan baru boleh masuk.Kebanyakan umpama pentingkan diri sendiri,macam dia orang aja yang tahu nak balik rumah dan macam dia orang saja yang boleh naik train itu.Begitu lah sikap pengguna LRT dari dulu sampai sekarang,kekadang sakit hati dibuatnya dan menjadi-jadi lebih sakit hati bila masalah teknikal.Walau macam mana pun bersabar dan bertawakal aja lah.

~Senyum Selalu~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: