Wah aku tidak pasti bagaimana harus aku lakukan jikalau terlalu ramai orang merindui kita,bukan lah nak mengatakan diri ini HOT sesangat,tapi setiap message yang diterima di handphone mesti ada perkataan,Saya rindu awak,I miss You,Kinda Missing You dan memacam lagi.Setiap message diterima dari orang yang berlainan.
Salah diri ini juga sebab terlalu melayan semua orang.Nampak sangat diri ini Playboy tapi bukan lah kasanova.
Mungkin dah tersirat dan tersurat untuk hidup sebegini.One day aku berharap aku akan jumpa dengan seseorang yang bebetul menyayangi diriku dengan sepenuh hatinya tanpa ada sebarang keraguan.
Tahukah anda dizaman yang serba moden dan ekonomi yang semakin maju sekarang ini,satu keperluan dalam kehidupan kita untuk menjamin kesihatan diri dan harta benda kita ialah dengan ada nya insurans sebagai perlindungan dan dalam mengurangkan beban kewangan,jikalau kita dimasukkan ke hospital.
Di Malaysia sekarang ini kita mempunya banyak pengendali syarikat insuran dan takaful seperti contoh Etiqa Insurans,MAA Insurans,Takaful Malaysia,Zurich Insurans dan sebagainya.Tapi kita sebagai pengguna harus lah pandai untuk memilih syarikat insurans yang bebetul boleh memberi pelindungan yang sewajarnya dan tiada masalah dalam pembayaran tuntutan.
Setiap syarikat insurans mempunyai pelan-pelan perlindungan yang tersendiri dengan pelbagai manfaat yang diberikan kepada pengguna yang menggambil pelan tersebut dan untuk kebaikan semua pastikan agen atau wakil insurans yang menjual insurans kepada anda adalah mereka yang bebenar berkelayakan dan memberi penerangan yang jelas dalam sesuatu pelan insurans yang kita ambil tanpa ada sebarang pekara tersembunyi dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan pelan yang kita ambil,kita boleh menghubungi talian khidmat pelanggan yang disediakan oleh syarikat-syarikat insurans atau berurusan dengan cawangan-cawangan yang disediakan.
Dalam untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan insurans dan memastikan sesuatu produk yang diberi itu adalah terkandung dan menepati undang-undang mungkin anda boleh mengakses website-website berikut seperti Persatuan Insurans Malaysia (PIAM) http://www.piam.org.my atau Persatuan Insurans Hayat Malaysia(LIAM) http://www.liam.org.my dan mumgkin boleh juga melawati sesawang berikut http://www.insuranceinfo.com.my untuk mengetahui maklumat lebih lanjut segala peraturan yang harus dilakukan oleh pengendali-pengdali insurans di Malaysia.
Setiap pekara yang dilakukan atau perubahan dalam polisi syarikat insurans telah termaktub dibawah kawalan Bank Negara,PIAM dan LIAM.Mereka tidak membuat perubahan dengan sesuka hati.Cuma kita sebagai pengguna harus bijak untuk memilih pelindungan yang kita inginkan untuk melindungi diri dan keluarga demi menjamin masa hadapan keluarga kita.
Kehidupan didunia ini amat susah untuk didugai dan hati ku ini pula sentiasa susah untuk dimengertikan.
Kadangkala ku terasa hidup tiada tanpa arah tujuan dan seringkali menjadi tidak keruan.
Aku sungguh tidak pasti,apakah yang harus aku lakukan sekarang ini.Sama ada mendengar bisikan hati,kawan,keluarga atau lawan.Yang pasti tiada siapa yang tahu apa yang tersurat dan tersirat dalam hati dan jiwaku ini.
Kadangkala aku rindukan kasih sayang yang pernah satu ketika aku miliki,tapi itu semua hanya tinggal kenangan.Haruskah aku hidup bersandarkan pada kenangan atau aku perlu keluar dari kepompong yang sedang menghantui hati dan perasaan aku ini.Tapi yang pasti aku tidak berdaya dan terlalu lemah untuk aku atasi.
Ada seketika,aku terasa diriku umpama parasit dalam kehidupan orang lain.Aku pun tidak pasti apa yang aku lakukan sekarang ini.Bingung dan semakin bingung aku rasakan.Apa yang pasti sekarang ini,aku hanya melalui kesedihan yang berpanjang sentiasa dari hari ke hari.Orang dikeliling ku sentiasa nampak diriku sentiasa happy,senyum dan ketawa tapi dalam hati ini beribu hirisan kelukaan dan kesedihan yang aku alami.
Diriku pun semakin menjadi kosong dengan pekara-pekara yang aku alami,dari masalah percintaan,keluarga, kewangan,kerja dan sebagainya.Aku tahu bukan hanya aku sorang aja yang mengalami perasaan ini dan ada juga orang lain lebih teruk dari aku,tapi aku tidak mahu menjadi sebegitu.
Aku hanya berdoa pada Yang Maha Esa untuk sentiasa memberi kekuatan dalam diriku ini untuk mengharungi hari-hari yang penuh ranjau dan liku yang harus aku tempuhi setiap hari.Mungkin ini dugaan dari Dia untuk aku, sebagai cabaran hidup di dunia ini.Aku pasti tiada sesuatu yang indah di dunia ini dan kadangkala aku menanti Ilahi datang menjemput aku pergi dari dunia ini tapi adakah aku sudah sedia untuk menghadapi semua itu.
Aku menjadi semakin celaru bila fikirkan semua itu.Aku inginkan kembali keriangan dan senyum tawa aku seperti dulu yang penuh dengan kemanisan bukan kepalsuan atau kepahitan seperti sekarang ini.Aku cuba atasi semua pekara ini dengan pelbagai usaha tetapi semua hanya kekecewaan sahaja.
Mungkin sudah cukup sudah untuk aku lalui dan andai aku bercinta lagi,mungkin belum pasti ia sampai ke bintang dan tidak mungkin sekali ia akan terukir dibintang kerna semua itu kosong belaka.Walau cintai itu harus memiliki tapi sudah tiada bermakna untuk ku lagi dan tak mungkin cinta itu akan bersatu seperti dulu lagi.
Aku hanya mengikut rentak kaki ku saja,kemana ia membawa diri ini pergi kerna jiwa ku dan mindaku terlalu kosong sekosong-kosongnya.
Sekarang setiap malam hidup ku hanya bergantung pada Stilnox dan Valdovan untuk merehatkan minda aku.Sampai bila dan bagaimana kesudahan hidup aku ini,terlalu kabur untuk aku katakan.Aku berdoa untuk berhenti dari menelan benda-benda itu setiap malam.
Hanya aku saja yang mampu untuk mengubah kisah hidup aku,bukan keluarga,kawan atau sesiapa pun.Mungkin satu hari aku akan kecapi kebahagian itu kembali.Aku harus tabah dan kuatkan semangat diri ini.
Aku suka sesangat lagu ini.3 Suara,Semua isi hatimu.
p/s:-ubati lah kekecewaan dihati dengan cara yang betul bukan amik jalan yang singkat.Syukur aku tidak sebegitu,masih boleh berfikir dengan secara warasnya.