Tahukah anda dizaman yang serba moden dan ekonomi yang semakin maju sekarang ini,satu keperluan dalam kehidupan kita untuk menjamin kesihatan diri dan harta benda kita ialah dengan ada nya insurans sebagai perlindungan dan dalam mengurangkan beban kewangan,jikalau kita dimasukkan ke hospital.
Di Malaysia sekarang ini kita mempunya banyak pengendali syarikat insuran dan takaful seperti contoh Etiqa Insurans,MAA Insurans,Takaful Malaysia,Zurich Insurans dan sebagainya.Tapi kita sebagai pengguna harus lah pandai untuk memilih syarikat insurans yang bebetul boleh memberi pelindungan yang sewajarnya dan tiada masalah dalam pembayaran tuntutan.
Setiap syarikat insurans mempunyai pelan-pelan perlindungan yang tersendiri dengan pelbagai manfaat yang diberikan kepada pengguna yang menggambil pelan tersebut dan untuk kebaikan semua pastikan agen atau wakil insurans yang menjual insurans kepada anda adalah mereka yang bebenar berkelayakan dan memberi penerangan yang jelas dalam sesuatu pelan insurans yang kita ambil tanpa ada sebarang pekara tersembunyi dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan pelan yang kita ambil,kita boleh menghubungi talian khidmat pelanggan yang disediakan oleh syarikat-syarikat insurans atau berurusan dengan cawangan-cawangan yang disediakan.
Dalam untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan insurans dan memastikan sesuatu produk yang diberi itu adalah terkandung dan menepati undang-undang mungkin anda boleh mengakses website-website berikut seperti Persatuan Insurans Malaysia (PIAM) http://www.piam.org.my atau Persatuan Insurans Hayat Malaysia(LIAM) http://www.liam.org.my dan mumgkin boleh juga melawati sesawang berikut http://www.insuranceinfo.com.my untuk mengetahui maklumat lebih lanjut segala peraturan yang harus dilakukan oleh pengendali-pengdali insurans di Malaysia.
Setiap pekara yang dilakukan atau perubahan dalam polisi syarikat insurans telah termaktub dibawah kawalan Bank Negara,PIAM dan LIAM.Mereka tidak membuat perubahan dengan sesuka hati.Cuma kita sebagai pengguna harus bijak untuk memilih pelindungan yang kita inginkan untuk melindungi diri dan keluarga demi menjamin masa hadapan keluarga kita.
0 comments:
Post a Comment