Kakak-kakak kat dalam team ini pula memang best,memula masuk dulu cuma aku sorang aja lelaki dalam team ini kesemuanya perempuan sampai adalah FE-FE yang call ingat salah nombor sebab tetiba ada kumbang kata dia orang,tapi sekarang dah ada 2 kumbang kat dalam team aku ini so dah ok lah..hehehe..so bebalik pada kakak-kakak ini dia orang banyak bagi tunjuk ajar dan memberi bantuan dan nasihat dan semesti kena satu kepala,kalau sesiapa yang tak satu kepala sure mesti dah lari sebab sebab semangat berpasukan dalam team ini memang kuat..itulah dimanakan Apa yang penting Kerjasama..hehehe..
Tapi itulah,berapa lama aku akan berada didalam team ini pun aku tak pasti,kerna ketika ini aku masih lagi berstatuskan Contract Staff,just menuggu dengan penuh kesabaran aja..dan tak lupa juga kredit untuk department aku Etiqa Customer Care,sebab tempat ini memang best dan my boss pun memang sporting,tak seperti bos-bos di tempat kerja lama aku yang terlalu penting kan jawatan daripada menjaga hubungan sesama staff.Sebab apa aku kata bos aku sekarang ini memang best,walaupun tekanan dalam kerja itu ada tetapi dia tetap menjaga kebajikan staffnya dan dia sentiasa menyokong apa-apa aktiviti yang dilakukan untuk staff yang kira boleh menaikan semangat motivasi staff untuk bekerja dan dia akan meluangkan masa dia untuk join dalam aktiviti jikalau berkesempatan,tapi selalunya dia tetap ada dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Mungkinkah tempat ini akan menjadi tempat tetap untuk aku,cuma tunggu dan lihat saja.buat kengkawan semua,tak kiralah di Banca Team,Customer Service Team,Sales Team,Retention Team dan Support Team korang semua memang the best among of the best yang sentiasa menghidupkan suasana di department ini.Terima Kasih buat kengkawan semua.Saya Sayang Kamu Semua..Muahhss..
~Senyum Selalu~












