Sana Situ Sini

Hai,dah berapa hari tak update sebab belum ada cerita yang menarik,hurm ..lately cuaca hujan dan panas maka kesihatan badan pun tak menentu,ramai yang sot set sana sot set sini disebabkan oleh selsema,termasuk lah aku.

Dalam masa beberapa hari ini memacam cerita yang berlaku,negara Korea Selatan konflik dengan Korea Utara,Israel yang menghalang bantuan ke Gaza sehingga menyerang kapal-kapal yang membawa bantuan(begitu zalim) dan masalah gula dalam negara yang kronik dan masalah subsidi dari kerajaan yang cuba di perhangatkan dan juga masalah kampung baru dan apa-apa pun jumaat ini akan berlaku sedikit perubahan dalam kabinet negara dimana pertukaran beberapa portfolio menteri dan timbalan menteri dan tak lupa juga buat kengkawan ofis ini yang dapat kenaikan gaji,cuma aku aja yang menunggu bilakah akan dapat merasa ini semua,just berdoa pada Yang Esa semoga dapat serap menjadi permanent Insyallah.

Kengkawan kat ofis ini pun semua tengah menghitung hari untuk menikmati percutian beramai-ramai ke langkawi pada hujung bulan ini,jadi langkawi kena tunggulah gegaran kami ya,so dah bermacam aktiviti yang dirancang untuk dilakukan disana,dari bershopping,game dan function untuk night dinner.Tapi seminggu sebelum ke Langkawi,aku akan ke Tumpat,Kelantan sempena CZR disana,kira membuat kerja-kerja amal sambil menyampaikan zakat syarikat.

Hurm after kerja nak pergi tengok wayang cerita Robin Hood dan Shrek..heheheh

~Senyum Selalu~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: