Selamat Tinggal Ampang Puteri Specialist Hospital


Ya hari ini 13 June 2011, aku telah di benarkan oleh doktor untuk pulang selepas seminggu aku berada di dalam wad 542 Hospital Pakar Ampang Puteri.

Anyway,aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak kepada Doktor Azhar yang merawat aku selama seminggu berada di wad ini dan juga para Jururawat yang bertugas sentiasa memberi kerjasama yang bagus sekali.Your service very excellent.No wonder kenapa staff Etiqa ramai yang admit kat hospital ni.

Facility di dalam wad juga amat menyenangkan,semua benda ada termasuk lah mini firdge..hehehe..Katil wad nie pun my ofis dah suka giler,biler dia datang melawat tak sah kalau tak main remote katil.

Kepada kengkawan yang selalu datang melawat terima kasih berbanyak,mungkin pasni korang takkan datang melawat aku kat hospital lagi sebab aku tak sanggup nak masuk wad lagi,bosan siut bila keseorangan,mujur ada laptop dan tv sebagai hiburan.

Bagaimanapun,aku mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua kakitangan Hospital Pakar Ampang Puteri dan juga my doktor Dr Azhar b Mohd Zain diatas segala nasihat dan rawatan yang diberi.

Semoga perkhidmatan yang diberi akan terus kekal dan dipertingkatan.


Dengan Tulus Ikhlas

FiZOW JAMLi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hazama Oh Hazama


Tahniah buat Hazama Ahmad Azmi atau lebih dikenali sebagai Hazama,apabila berjaya menjadi Juara Akademi Fantasia 9 dan Juara terakhir buat AF kerana selepas ini AF akan terkubur buat selamanya.Persembahan beliau malam ini memang mantap dan setiap minggu dia memang tidak pernah mengecewakan peminat-peminatnya.

Apa yang pasti semangat yang ada pada dirinya itu yang harus dijadikan teladan,kerna tidak pernah mengaku kalah dan tidak cepat patah semangat dari tersingkir waktu Prelude AF 4, dan walaupun dia pernah berkongsi pentas dengan artis-artis terkenal tanah air dengan menjadi penyanyi sementara untuk Meet Uncle Husein(MUH) tapi niat dia untuk belajar dengan tenaga pengajar yang berkaliber di AF memang tidak pernah luntur.Kerna untuk mendapat khidmat dan belajar dari guru Vokal bukannya murah, hanya yang mampu saja mungkin boleh sedemikian.

Apa yang pasti pun,satu Malaysia sudah tahu dan tiada siapa yang boleh menyangkal lagi Juara Akademi Fantasia 9 milik Hazama dan tahniah kepada beliau sekali lagi kerana mengunakan peluang yang diberi sebaik mungkin untuk buktikan yang dia memang Juara Sebenar.


p/s-> sekali tewas bukan bermaksud tewas selamanya...berusaha dan terus berusaha akan dapat hasilnya.Ingat,jangan cepat mudah putus asa.

Maaf saya bukan Fanatik,hanya pengikut dunia seni aja,

FiZOW JAMLi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jangan lepaskan peluang hidup kita

Hai kengkawan,sometimes kita terasa depress atau tension yang tahap melampau sehingga ada pekara-pekara buruk yang terlintas difikiran untuk kita lakukan.Ya saya percaya,kita sebagai manusia dan selagi hidup bergelar manusia, kita tidak boleh lari dari masalah.Sekecil atau sebesar mana pun masalah itu harus kita harungi dan hadapi.Bagi mereka yang terlalu depress atau hypertension yang tahap melampau sehingga sanggup buat pekara sedemikian :-

Terjun Bangunan
(Kalau nak terjun sangat panjat tingkat 88 KLCC baru gempak)

Telan pelbagai jenis pil
(Make sure bukan pil Viagra ya,nanti tak jadi mati,yang lain pula yang hidup aja)

Gantung diri dengan tali gantung
(Make sure jerut di leher bukan di kaki ya)

Kelar lengan atau cederakan diri
(Kalau banyak lemak make sure guna mesin potong pokok)

Tetapi itu lah,pekara-pekara buruk yang dilakukan ini tidak membawa sebarang faedah kepada diri kita atau pun keluarga,apa yang perlu kita lakukan banyakkan bermusahabah kan diri kita.Saya percaya didalam segala tekanan yang kita terima itu masih lagi ada ruang untuk kita berfikir secara rasioanal dan melakukan pekara yang sepatutnya dan bukan terus mengikutkan perasaan atau bisikan syaitan.Seperti contoh kita sebagai orang islam perlu kembali ke asal diri kita semula kembali, begitu juga mereka yang bukan beragama islam,ajaran agama mereka ajar pekara yang sama,nescaya kita akan dapat apa yang kita cari dan ketenangan dalam jiwa ini,

Solat Lima Waktu dengan penuh kekhusyukan

Memperbanyakan amalan mengaji dan membaca Al-Quran apabila keseorangan

Memperbanyakan amalan berzikir


Dan apabila kita melakukan amalan kesemua itu, kita akan terasa sedikit ketenangan tetapi walau apa pun kita harus berjumpa pakar dalam membantu kita membangunkan diri kita dan mencari jati diri kita.Jangan segan dan jangan malu jumpalah dengan Doktor Pakar,kerana mereka akan mendorong kita dalam kita membina semula jati diri kita dan membantu mencari arah tujuan hidup kita.Ya makan ubat memang menenangkan sesangat tetapi sampai bila harus kita bergantung ubat jadi kita kena perlahan-lahan dan berubah dalam menerima sesuatu kenyataan.
Saya sedia membantu anda didalam menyelesaikan masalah diri anda

Jikalau masalah kita terlalu teruk jumpa lah dengan doktor pakar bukan bercerita pada kengkawan sekeliling kerana pandangan kengkawan bermacam-macam dan apa yang diberikan itu adalah benar tetapi terlalu banyak input yang di terima,kita akan terus menjadi lagi depress dan tension.Walau macam mana pun,kawan tetap seorang kawan,kerna kawan juga yang sentiasa mendorong kita untuk meneruskan hidup,begitu juga keluarga kita.Bila kesunyian banyakkan habiskan masa anda dengan mereka,dan bila di malam hari terasa kesunyian,bebawalah sembahyang,berzikir atau mengaji kerna Insyallah segala yang baik datang dari Yang Maha Esa,keburukan itu kita yang cari.

Keluarga dan kawan adalah penyeri ke ahkir hayat.

Ingat sebelum kita melakukan sesuatu pekara yang memudaratkan diri,sentiasalah kita ingat dengan insan-insan yang sayang dengan diri kita.Pengalaman banyak mengajar kita erti hidup yang sebenar,apa yang terjadi semalam jadi kan sebagai satu iktibar dan panduan untuk hari ini dan hari esok dan hari-hari yang akan mendatang, dan ingat nasib untuk merubahkan diri seseorang itu bukan pada Yang Esa, kawan atau keluarga yang akan ubahkan,ia semua bergantung pada kekuatan mental dan fizikal diri kita sendiri.

Love your self,famly and frenz

Fizow Jamli


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tolong Ingat Lirik!!!

Yahoo Buat Pertama Kali Nya Etiqa Customer Care atau ECC club akan menganjur satu pertandingan di Tempat Baru Sales Team yang akan terletak di Tingkat 5 Tower B.Kini ECC telah semakin besar dan mempunyai dua tempat bertugas untuk kesemua Etiqa Customer Care Dept.Apa yang pasti semangat setiakawan seperti dulu harus dikekalkan tanpa sebarang keraguan,

Ya ini dia pertandingan yang akan membuat semua orang menghafal semua lirik-lirik lagu yang sedia ada untuk semua pasukan menang..ini dia pekara yang di tunggu-tunggu jeng jeng jeng..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gambar-gambar Di Bandung March 2011

Hai Kengkawan,ingat dulu saya ada janji untuk posting gambar -gambar percutian di Bandung..Akhirnya dapat juga saya uploadkan gambar-gambar tersebut didalam blog nie,walaupun dah 3 bulan ke sana tapi kenangan baru saja semalam diambil,kerna kawan-kawan yang ceria pergi ke sana,membuat segala suka dan duka lupa buat sementara waktu aja..Hampir dikatakan percutian ini membawa seribu sejarah kepada kami semua..kerna kami bertuju umpama 7 beradik yang mempunyai karenah dalam berjalan dan membeli belah sentiasa bersatu padu dalam buat keputusan dan bukan keputusan diri sendiri..Love you all to Ryan Yan,Dato Sri Syntax ,Mohd Azahan,Fizow Jamli,Normah,Ira Zaki dan Miz Nina,

Posing di tangga menunggu yang lelain shopping...kat sini Normah menang pelakon terbaik..

Mencari CD dan gajet untuk HP sambil tengok kesesakan di Bandung

Aksi melompat seperti biasa di Rumah Mode

Posing yang paling menarik sekali di factory outlet

Sambil posing di kereta Lembu di Rumah Mode

Pokok pun pokok lah janji possing..kan kengkawan

Tangkuban Perahu

Memasing dah giler mencari kain yang murah-murah..pening-pening

Pintu masuk Ke Rumah Daun..Nice Place

Patung-patung Antik Factory Outlet

Possing sambil cari arah tuju yang perlu ditujui

Malam Ketibaan di Airport Bandung

Breakfast time at Orange Home
Passport clearance
Yahoo..confirm kami flight ke Bandung..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buah Tangan

Semalam sedang aku main fb sambil menonton tv di hospital,tetiba ada budak delivery datang dengan membawa sebakul buah-buahan.Special delivery dari My Company Etiqa Insurans & Takaful.


Terima kasih semua diatas segala sokongan dan nasihat yang diberi.saya tahu yang saya mempunyai ramai kengkawan yang sentiasa memberi dorongan dan semangat serta keluarga yang masih menyayangi diri ku ini..I love you all..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masalah Hypertension dan Pakar Psychiatric

My lovely frenz Linda,Shahril n Nadia..yang paling memahami diri ku..I love you all


Justify FullJikalau kita sayang kan seseorang itu dengan sepenuh hati jaga lah dia dengan sepenuh hati,jikalau kita sedang merancang untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan diri dan pasangan anda,beritahu lah dia akan perancangan kalian tue dari berlaku salah faham yang hingga mengecewakan dua insan dan makan diri sendiri.Itu lah yang telah aku alami.Pertalian dan perhubungan selama 7 tahun hampir telerai sebegitu.Apa yang aku lakukan ada lah pergorbanan dalam perhubungan aku demi dia dan keluarga yang tersayang.Pada pemikiran dia yang aku telah ada orang lain dan aku dah tidak mencintai dia,wal hal,hari pertama aku keluar dari rumah yang kami diami bersama air mata aku telah menitis,kerana hati aku terlalu sayang pada dirinya.

Setiap malam aku hubungi dia,di ofis ketika masuk dan pulang dari kerja,aku masih hubungi dia,itu lah yang aku lakukan setiap hari.Memang salah aku tak memberitahu yang aku masih sayang dan cintakan dia di dalam phone tapi dilubuk hati aku ingin saja aku menjerit bawaha aku terlalu sayang dan cintakan dia dan mahu saja dia berada disamping aku sentiasa, tapi lidah ku kelu untuk menyatakan pekara yang sebenar supaya segala pekara yang aku rancang akan menjadi.Aku nak biasa kan diri tanpa dia seharian,aku lakukan kerna parents dia mahu tinggal dengan dia dan akan membataskan segala perhubungan aku dengan dia,terpaksa lah aku buat keputusan dan rancangan tanpa pengetahuan dia agar dia biasakan diri tanpa aku dan begitu juga aku dan jumpa pada waktu tertentu aja.

Itu lah seperti yang aku kata,apabila aku tidak memberikan jawapan yang ditanya,fikiran lain yang dia fikirkan.Aku dah ada pengganti diri dia dan aku dah yang baru tanpa fikirkan hati dan perasaan dia.Ya aku salah disana tak berterus terang,Akhirnya aku yang makan hati dan hidup jadi tidak menentu.Aku cuba sedapkan hati pada dia dengan memberikan masa untuk dia kembali tetapi sampai bila,hati aku sakit bila dia keluar dengan orang lain dan bertambah sakit hati apabila telefon yang dipakai telah dimatikan.

Sehingga pada hari kemuncak stress dan tention aku dah sampai satu tahap aku pergi ke rumah dia jam 5.00 pagi untuk berjunpa,akan tetapi dia tiada di rumah kerna masih belum pulang dengan BF baru nya itu,Hati aku terlalu sakit segala benda yang jahat telah bermain dalam fikiran aku,dari nak terjun bangunan,bunuh diri,makan pil dan gantung diri segala bermain dalam fikiran aku,akan tetapi aku cuba bertahan dan kuatkan semangat.Apabila aku hubungi dia,semuanya dusta bagi dia.Pressure aku dah capai tahap maksima,apa aku kuatkan diri aku,aku ke klinik dan klinik terus refer aku ke Pakar Psychiatric.Sehingga kini aku masih under treatment dengan Pakar Psychiatric di Ampang Puteri Specialist Hospital.

Aku berterima kasih kepada kawan-kawan aku dan juga famly aku yang datang melawat,mereka tak jemu-jemu memberi kata-kata semangat pada diri ku dan sentiasa membuat aku ketawa sentiasa dengan perbualan dan karenah mereka.Si Dia juga datang berjumpa dengan aku dan dia berjanji untuk pulih kan keadaan aku dan cuba settle kan hubungan dia.Aku tak pasti sekarang adakah aku yang memaksa dia memutuskan hubungan dia dengan BF baru dia yang membuatkan aku kejam atau aku harus biarkan saja dan belajar dalam membuat perubahan kehidupan yang baru.

Nak tahu apa yang boleh jadi depress atau hypertension,kalau terlalu fikirkan atau mengenangi kenangan silam,seperti contoh apabila aku sedang duduk makan di kedai makan area rumah aku,aku akan ternampak wajah aku dan dia berjalan sambil bergurau,usik mengusik utk pergi makan,pimpin tangan ketika melintas jalan,di masjid jamek station pun ilusi yang sama berlaku dan juga SOGO KL tempat pertama aku bertemu dengan dia.boleh dikatakan sehingga tempat atau shopping complex yang ada disekitar KL nie aku leh nampak bayangan aku dengan dia,kekdg wajah dia yg memasam kan muka bila aku lewat atau buat hal.Segala pekara dan permainan itu yang sentiasa bermain dalam fikiran.Hanya Allah saja yang tahu bertapa tersiksa nya hidup aku ketika itu dan tiada siapa pun yang tahu apa yang aku alami.

Ingatlah jikalau anda sayangkan pasangan anda,sayanglah dia dengan sepenuh hati dan jangan lah mempermainkan hati dan perasaan dia,jikalau ada masalah bawalah berbincang dengan sempurna dan jikalau membuat sesuatu plan untuk kebaikan sesama pasangan..jelaskan lah pada dia dengan sebenar nya tanpa membuat keputusan sendiri yang akan memakan diri sendiri.

Orang lain boleh memberi nasihat tetapi kita sendiri yang kena menguatkan diri kita sendiri.Berusahalah membetulkan masalah yang dihadapi,perpisahan atau peceraian bukan lah satu pekara yang bagus kerana akan ada pekara buruk yang akan berlaku pada diri nanti, dan ingat jangan sesekali untuk cuba membunuh diri atau mencederakan diri,kalau dah tak rasa tak dapat terkawal jumpa doktor dan dapatkan nasihat daripada doktor,kerna setiap kejadian ada jalan penyelesaian nya.

Sekali lagi aku berterima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan ku yang memberi kata-kata semangat secara face to face atau dalam telefon.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS