Hazama Oh Hazama


Tahniah buat Hazama Ahmad Azmi atau lebih dikenali sebagai Hazama,apabila berjaya menjadi Juara Akademi Fantasia 9 dan Juara terakhir buat AF kerana selepas ini AF akan terkubur buat selamanya.Persembahan beliau malam ini memang mantap dan setiap minggu dia memang tidak pernah mengecewakan peminat-peminatnya.

Apa yang pasti semangat yang ada pada dirinya itu yang harus dijadikan teladan,kerna tidak pernah mengaku kalah dan tidak cepat patah semangat dari tersingkir waktu Prelude AF 4, dan walaupun dia pernah berkongsi pentas dengan artis-artis terkenal tanah air dengan menjadi penyanyi sementara untuk Meet Uncle Husein(MUH) tapi niat dia untuk belajar dengan tenaga pengajar yang berkaliber di AF memang tidak pernah luntur.Kerna untuk mendapat khidmat dan belajar dari guru Vokal bukannya murah, hanya yang mampu saja mungkin boleh sedemikian.

Apa yang pasti pun,satu Malaysia sudah tahu dan tiada siapa yang boleh menyangkal lagi Juara Akademi Fantasia 9 milik Hazama dan tahniah kepada beliau sekali lagi kerana mengunakan peluang yang diberi sebaik mungkin untuk buktikan yang dia memang Juara Sebenar.


p/s-> sekali tewas bukan bermaksud tewas selamanya...berusaha dan terus berusaha akan dapat hasilnya.Ingat,jangan cepat mudah putus asa.

Maaf saya bukan Fanatik,hanya pengikut dunia seni aja,

FiZOW JAMLi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: