Masalah Hypertension dan Pakar Psychiatric

My lovely frenz Linda,Shahril n Nadia..yang paling memahami diri ku..I love you all


Justify FullJikalau kita sayang kan seseorang itu dengan sepenuh hati jaga lah dia dengan sepenuh hati,jikalau kita sedang merancang untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan diri dan pasangan anda,beritahu lah dia akan perancangan kalian tue dari berlaku salah faham yang hingga mengecewakan dua insan dan makan diri sendiri.Itu lah yang telah aku alami.Pertalian dan perhubungan selama 7 tahun hampir telerai sebegitu.Apa yang aku lakukan ada lah pergorbanan dalam perhubungan aku demi dia dan keluarga yang tersayang.Pada pemikiran dia yang aku telah ada orang lain dan aku dah tidak mencintai dia,wal hal,hari pertama aku keluar dari rumah yang kami diami bersama air mata aku telah menitis,kerana hati aku terlalu sayang pada dirinya.

Setiap malam aku hubungi dia,di ofis ketika masuk dan pulang dari kerja,aku masih hubungi dia,itu lah yang aku lakukan setiap hari.Memang salah aku tak memberitahu yang aku masih sayang dan cintakan dia di dalam phone tapi dilubuk hati aku ingin saja aku menjerit bawaha aku terlalu sayang dan cintakan dia dan mahu saja dia berada disamping aku sentiasa, tapi lidah ku kelu untuk menyatakan pekara yang sebenar supaya segala pekara yang aku rancang akan menjadi.Aku nak biasa kan diri tanpa dia seharian,aku lakukan kerna parents dia mahu tinggal dengan dia dan akan membataskan segala perhubungan aku dengan dia,terpaksa lah aku buat keputusan dan rancangan tanpa pengetahuan dia agar dia biasakan diri tanpa aku dan begitu juga aku dan jumpa pada waktu tertentu aja.

Itu lah seperti yang aku kata,apabila aku tidak memberikan jawapan yang ditanya,fikiran lain yang dia fikirkan.Aku dah ada pengganti diri dia dan aku dah yang baru tanpa fikirkan hati dan perasaan dia.Ya aku salah disana tak berterus terang,Akhirnya aku yang makan hati dan hidup jadi tidak menentu.Aku cuba sedapkan hati pada dia dengan memberikan masa untuk dia kembali tetapi sampai bila,hati aku sakit bila dia keluar dengan orang lain dan bertambah sakit hati apabila telefon yang dipakai telah dimatikan.

Sehingga pada hari kemuncak stress dan tention aku dah sampai satu tahap aku pergi ke rumah dia jam 5.00 pagi untuk berjunpa,akan tetapi dia tiada di rumah kerna masih belum pulang dengan BF baru nya itu,Hati aku terlalu sakit segala benda yang jahat telah bermain dalam fikiran aku,dari nak terjun bangunan,bunuh diri,makan pil dan gantung diri segala bermain dalam fikiran aku,akan tetapi aku cuba bertahan dan kuatkan semangat.Apabila aku hubungi dia,semuanya dusta bagi dia.Pressure aku dah capai tahap maksima,apa aku kuatkan diri aku,aku ke klinik dan klinik terus refer aku ke Pakar Psychiatric.Sehingga kini aku masih under treatment dengan Pakar Psychiatric di Ampang Puteri Specialist Hospital.

Aku berterima kasih kepada kawan-kawan aku dan juga famly aku yang datang melawat,mereka tak jemu-jemu memberi kata-kata semangat pada diri ku dan sentiasa membuat aku ketawa sentiasa dengan perbualan dan karenah mereka.Si Dia juga datang berjumpa dengan aku dan dia berjanji untuk pulih kan keadaan aku dan cuba settle kan hubungan dia.Aku tak pasti sekarang adakah aku yang memaksa dia memutuskan hubungan dia dengan BF baru dia yang membuatkan aku kejam atau aku harus biarkan saja dan belajar dalam membuat perubahan kehidupan yang baru.

Nak tahu apa yang boleh jadi depress atau hypertension,kalau terlalu fikirkan atau mengenangi kenangan silam,seperti contoh apabila aku sedang duduk makan di kedai makan area rumah aku,aku akan ternampak wajah aku dan dia berjalan sambil bergurau,usik mengusik utk pergi makan,pimpin tangan ketika melintas jalan,di masjid jamek station pun ilusi yang sama berlaku dan juga SOGO KL tempat pertama aku bertemu dengan dia.boleh dikatakan sehingga tempat atau shopping complex yang ada disekitar KL nie aku leh nampak bayangan aku dengan dia,kekdg wajah dia yg memasam kan muka bila aku lewat atau buat hal.Segala pekara dan permainan itu yang sentiasa bermain dalam fikiran.Hanya Allah saja yang tahu bertapa tersiksa nya hidup aku ketika itu dan tiada siapa pun yang tahu apa yang aku alami.

Ingatlah jikalau anda sayangkan pasangan anda,sayanglah dia dengan sepenuh hati dan jangan lah mempermainkan hati dan perasaan dia,jikalau ada masalah bawalah berbincang dengan sempurna dan jikalau membuat sesuatu plan untuk kebaikan sesama pasangan..jelaskan lah pada dia dengan sebenar nya tanpa membuat keputusan sendiri yang akan memakan diri sendiri.

Orang lain boleh memberi nasihat tetapi kita sendiri yang kena menguatkan diri kita sendiri.Berusahalah membetulkan masalah yang dihadapi,perpisahan atau peceraian bukan lah satu pekara yang bagus kerana akan ada pekara buruk yang akan berlaku pada diri nanti, dan ingat jangan sesekali untuk cuba membunuh diri atau mencederakan diri,kalau dah tak rasa tak dapat terkawal jumpa doktor dan dapatkan nasihat daripada doktor,kerna setiap kejadian ada jalan penyelesaian nya.

Sekali lagi aku berterima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan ku yang memberi kata-kata semangat secara face to face atau dalam telefon.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Azryan said...

knape izam x der dlm ni? :( nk ngis ler cm ni...nk masuk wad juga la..ehehhe... :p