Hai..nak dijadikan cerita,semalam balik dari kerja,aku singgah dikedai yang menjual nasi kerabu dekat area ruamh aku, sebab kawan aku pesan suruh bungkuskan dan aku pun beli untuk aku sekali.So aku minta diletakkan paru.
So sampai kat rumah pas aku mandi,kita orang pun makan la sesama,so tengah sedap makan tu,sekali aku ternampak ada ulat di paru tu,so aku apa lagi terus masuk toilet dan automatik terkeluar segala apa yang aku makan.
Langsung aku tak tau nak kata apa,so aku decide start daripada tu,aku x akan bungkus makanan luar lagi...
Nasi Kerabu
Penggunaan Bahasa Inggeris Harus Wajib Dalam Pendidikan.
Hai Semua..Hari Aku dapat email..Bagi aku walau pun bunyi email ini nampak macam sesuatu tetapi..bagus juga untuk kita fikirkan kenapa Bahasa Inggeris itu penting..Baca la ya...
Why we must use English in IT
This is because the whole world uses the language as an
information and/or technology language. How dangerous it
will be if we try to use Bahasa, especially in school. See
example below:-
Hardware = barangkeras
Software = baranglembut
Joystick = batang gembira
Plug and Play = cucuk dan main
Port = lubang
Server = pelayan
Client = pelanggan
Try to translate this:
ENGLISH:
That server gives a plug and play service to the client
using either hardware or software joystick. The joystick
goes into the port of the client.
Now in BAHASA:
Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main
dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut.
Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang
pelanggan.
Now you know...WHY...
SELAMAT TAHUN BARU 2009
Assalammualaikum..
Selamat Tahun Baru 2009 buat anda semua.Tahun baru mesti ada azam baru kan..So azam baru aku,aku sendiri tak pasti hehehe..
Hari ini aku pergi Sambut Malam Tahun Baru kat Bukit Bintang,tempat yang biasa aku pergi setiap tahun,kerna bagi aku hanya kat tempat ni aja yang bebetul meriah.So tahun ini,kawan aku dari Brunei turun sekali untuk menyambut tahun baru di KL,nak rasa suasana kemeriahan tahun baru di KL mcm mana.Dipendekan cerita,meriah la juga Sambutan Di Bukit Bintang dan orang memang ramai sesangat.
SALAM TAKZIAH
Salam Penghujung Tahun
Aku dah lama tak update blog, dah bersarang bagai dekat blog aku ini,ialah dalam bulan ini aku memang sibuk sesangat.
Selepas aku balik dari Sabak Bernam hari itu,jadual aku memang padat,dimana aku perlu menghadir temuduga kerja yang diadakan setiap hari, dan akhirnya aku telah puin bekerja semula disalah sebuah syarikat GLC Malaysia.Alhamdulilah.
Sebelum itu aku telah pulang ke Teratak Keluarga aku terlebih dahulu untuk menyambut Hari Raya Haji dan sehari sebelum itu keluarga aku telah mendapat ahli keluarga baru, dimana kakak aku yang kelima telah selamat melahirkan seorang putera yang diberi nama Nazim Isqkandar yang lahir pada 7 December 2008 dan hari itu mak aku yang paling gembira sekali kerana itu adalah hari lahir mak aku juga,jadi tahun depan boleh la potong kek sesama ya.
Selepas pulang ke kuala lumpur,kawan aku pula telah dimasukan hospital kerana telah dilanggar oleh sebuah motorsikal dan doktor telah membuat pembedahan dibahagian lututnya kerana terdapat darah beku,sementara dia terlantar dihospital,aku telah berulang alik ke hospital untuk melihat dia,ialah kesian tak ada sesiapa di KL,mak bapa jauh pula.
Bila aku dah mula bekerja,kena belajar itu ini dahulu dan balik rumah kepenatan,terus terlentang,akhirnya dek kerana kesibukan itu aku telah mendapat demam. Sudah seminggu deman aku tak baik-baik juga.Dah bermacam-macam ubat aku telan tapi tak elok-elok juga.
Dalam badan tak sihat tu juga malam tadi aku boleh pergi ke Kuantan dan balik hari,teman kawan aku...dah la..akupun tak tau lagi apa yang hendak aku kata kan...
Low Yat..dan Sg Besar
Hari ini teman member aku pergi ke Plaza Low Yat,pepagi buta dia dah call ajak aku teman kan dia,timing kul 11 pagi camtu lah,tapi sebelum tu, aku cakap dengan dia yang aku nak pergi Sg Besar,nak naik bas dalam jam 3 petang.Tengah aku kemas pakaian aku,tetiba kawan aku call,dia kata dah sampai kat area umah aku,tengok jam baru jam 10.30 pagi,aku baru aja nak masuk toilet nak mandi sebab kemas rumah sebelum tu,so aku suruh dia pergi breakfast dulu.Dekat jam 11.00 pagi baru aku turun.
Destinasi pertama yang ditujui ialah Bank di Bukit Bintang,pastu baru gerak ke Plaza Low Yat.Kita orang pergi sana sebab nak trade in notebook,aku rasa adalah kat 3 jam kita orang berpusing dalam Plaza tu, sebab kawan aku nak cari yang betul-betul berkenan dihati, akhirnya Laptop VAIO jadi pilihan hatinya,selepas upacara urusniaga dijalankan, kita orang pun nak gerak balik,tapi tetiba aku dapat sms dari akak aku,yang dia suruh aku datang esok saja,sebab malam ini dia ada operasi katanya.
Jadi,kita orang terus pulang ke rumah dan merobek-robek laptop baru tu,yang penting Yahoo Massenger kena install dulu katanya,nanti tak boleh cari makan pula nanti.
Libur dan Berlibur...
Wah,rasa cam dah lama tak keluar jejalan pergi tengok wayang,iya lah selalu tengok movie pun secara HARAM..download aja..HAHAHAHAHA.. Dijadikan cerita,kita orang pergi tengok wayang di TiMES SQUARE,cerita yang menjadi pilihan ialah MADAGASCAR 2 Escape To Africa....
Pecah perut juga tengok cerita ini.Melihat telatah haiwan-haiwan tersebut dalam pengembaraan ke New York,tetapi kapal terbang yang dinaiki terhempas di Afrika dan juga telatah seorang Nenek Tua yang mempunyai hati kental untuk bertarung dengan Binatang.Apa pun sesiapa yang belum tengok cerita ini,pergi lah menonton,pasti tergelak besar punya...
Sebelum menonton wayang tu,kita orang singgah dulu dia kedai U Mobile.So dia orang ada promotion baru katanya,iaitu mendaftar UMobile Postpaid dan akan mendapat sebuah Handphone 3G Samsung.Cuba lah tengok poster dibawah ini ya..
Itu dia jenis-jenis handphone yang ditawarkan,jadi kawan aku berminat lah untuk mengambil handphone dan mendaftar lah dengan Umobile.Dah lah yang buat pendaftaran tu perempuan dan muka dia cam tak dapat nafkah batin di malam hari aja..hahaha..Iye lah senyum tak ada,semua tak ada lah.
Kita orang daftar dua nombor jadi dapat lah dua handphone dan buat pilihan model handphone yang berlainan sebab tak nak serupa,tapi sebelum keluar dari kaunter tu,kita orang check box,hanya satu handphone aja yang ada USB cable dan satu lagi tiada,jadi kita orang pergi lah semula ke kaunter dan jumpa perempuan itu semula,dan minta tukar model yang sama,tapi boleh dia kata apa,TAK BOLEH TUKAR SEBAB DAH SCAN.. dan kebetulan juga supervisor dia ada disitu dan beri alasan PENDAFTARAN DAH MASUK DALAM SISTEM.
Jadi berlaku ketidak puasan hati dan sebagai pepatah mengatakan CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT.. maka berlakulah perbalahan dan menyatakan pada mereka bahawa sistem ini adalah ciptaan MANUSIA..mustahil tak boleh buat pertukaran dan satu lagi pendaftaran tak sampai pun 15 minit,akhirnya mereka tewas juga dan memberikan model handphone yang sama,jadi jikalau sesiapa hendak mendapatkan handphone percuma itu pastikan anda mengambil model SAMSUNG SGH-Z170.
Ok la..Adios...








.jpg)
.jpg)
.jpg)






