SALAM TAKZIAH
Salam Penghujung Tahun
Aku dah lama tak update blog, dah bersarang bagai dekat blog aku ini,ialah dalam bulan ini aku memang sibuk sesangat.
Selepas aku balik dari Sabak Bernam hari itu,jadual aku memang padat,dimana aku perlu menghadir temuduga kerja yang diadakan setiap hari, dan akhirnya aku telah puin bekerja semula disalah sebuah syarikat GLC Malaysia.Alhamdulilah.
Sebelum itu aku telah pulang ke Teratak Keluarga aku terlebih dahulu untuk menyambut Hari Raya Haji dan sehari sebelum itu keluarga aku telah mendapat ahli keluarga baru, dimana kakak aku yang kelima telah selamat melahirkan seorang putera yang diberi nama Nazim Isqkandar yang lahir pada 7 December 2008 dan hari itu mak aku yang paling gembira sekali kerana itu adalah hari lahir mak aku juga,jadi tahun depan boleh la potong kek sesama ya.
Selepas pulang ke kuala lumpur,kawan aku pula telah dimasukan hospital kerana telah dilanggar oleh sebuah motorsikal dan doktor telah membuat pembedahan dibahagian lututnya kerana terdapat darah beku,sementara dia terlantar dihospital,aku telah berulang alik ke hospital untuk melihat dia,ialah kesian tak ada sesiapa di KL,mak bapa jauh pula.
Bila aku dah mula bekerja,kena belajar itu ini dahulu dan balik rumah kepenatan,terus terlentang,akhirnya dek kerana kesibukan itu aku telah mendapat demam. Sudah seminggu deman aku tak baik-baik juga.Dah bermacam-macam ubat aku telan tapi tak elok-elok juga.
Dalam badan tak sihat tu juga malam tadi aku boleh pergi ke Kuantan dan balik hari,teman kawan aku...dah la..akupun tak tau lagi apa yang hendak aku kata kan...
Low Yat..dan Sg Besar
Hari ini teman member aku pergi ke Plaza Low Yat,pepagi buta dia dah call ajak aku teman kan dia,timing kul 11 pagi camtu lah,tapi sebelum tu, aku cakap dengan dia yang aku nak pergi Sg Besar,nak naik bas dalam jam 3 petang.Tengah aku kemas pakaian aku,tetiba kawan aku call,dia kata dah sampai kat area umah aku,tengok jam baru jam 10.30 pagi,aku baru aja nak masuk toilet nak mandi sebab kemas rumah sebelum tu,so aku suruh dia pergi breakfast dulu.Dekat jam 11.00 pagi baru aku turun.
Destinasi pertama yang ditujui ialah Bank di Bukit Bintang,pastu baru gerak ke Plaza Low Yat.Kita orang pergi sana sebab nak trade in notebook,aku rasa adalah kat 3 jam kita orang berpusing dalam Plaza tu, sebab kawan aku nak cari yang betul-betul berkenan dihati, akhirnya Laptop VAIO jadi pilihan hatinya,selepas upacara urusniaga dijalankan, kita orang pun nak gerak balik,tapi tetiba aku dapat sms dari akak aku,yang dia suruh aku datang esok saja,sebab malam ini dia ada operasi katanya.
Jadi,kita orang terus pulang ke rumah dan merobek-robek laptop baru tu,yang penting Yahoo Massenger kena install dulu katanya,nanti tak boleh cari makan pula nanti.
Libur dan Berlibur...
Wah,rasa cam dah lama tak keluar jejalan pergi tengok wayang,iya lah selalu tengok movie pun secara HARAM..download aja..HAHAHAHAHA.. Dijadikan cerita,kita orang pergi tengok wayang di TiMES SQUARE,cerita yang menjadi pilihan ialah MADAGASCAR 2 Escape To Africa....
Pecah perut juga tengok cerita ini.Melihat telatah haiwan-haiwan tersebut dalam pengembaraan ke New York,tetapi kapal terbang yang dinaiki terhempas di Afrika dan juga telatah seorang Nenek Tua yang mempunyai hati kental untuk bertarung dengan Binatang.Apa pun sesiapa yang belum tengok cerita ini,pergi lah menonton,pasti tergelak besar punya...
Sebelum menonton wayang tu,kita orang singgah dulu dia kedai U Mobile.So dia orang ada promotion baru katanya,iaitu mendaftar UMobile Postpaid dan akan mendapat sebuah Handphone 3G Samsung.Cuba lah tengok poster dibawah ini ya..
Itu dia jenis-jenis handphone yang ditawarkan,jadi kawan aku berminat lah untuk mengambil handphone dan mendaftar lah dengan Umobile.Dah lah yang buat pendaftaran tu perempuan dan muka dia cam tak dapat nafkah batin di malam hari aja..hahaha..Iye lah senyum tak ada,semua tak ada lah.
Kita orang daftar dua nombor jadi dapat lah dua handphone dan buat pilihan model handphone yang berlainan sebab tak nak serupa,tapi sebelum keluar dari kaunter tu,kita orang check box,hanya satu handphone aja yang ada USB cable dan satu lagi tiada,jadi kita orang pergi lah semula ke kaunter dan jumpa perempuan itu semula,dan minta tukar model yang sama,tapi boleh dia kata apa,TAK BOLEH TUKAR SEBAB DAH SCAN.. dan kebetulan juga supervisor dia ada disitu dan beri alasan PENDAFTARAN DAH MASUK DALAM SISTEM.
Jadi berlaku ketidak puasan hati dan sebagai pepatah mengatakan CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT.. maka berlakulah perbalahan dan menyatakan pada mereka bahawa sistem ini adalah ciptaan MANUSIA..mustahil tak boleh buat pertukaran dan satu lagi pendaftaran tak sampai pun 15 minit,akhirnya mereka tewas juga dan memberikan model handphone yang sama,jadi jikalau sesiapa hendak mendapatkan handphone percuma itu pastikan anda mengambil model SAMSUNG SGH-Z170.
Ok la..Adios...
Jangan kentut depan GAY!
Lawak gila aku baca ni..kawan aku sent kat aku..so korang baca la ya.malas aku nak forward email....
Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut.
Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka.
"Hai...sorang ke bro", tiba-tiba wartawan itu di sapa.
"A'ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni", kata wartawan itu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu.
Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut sahaja.
"Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni", bisik hati wartawan itu.
Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan. Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti kerana DJ nya ingin menukar ke lagu perlahan. Sementara proses pertukaran lagu itu kentut wartawan itu telah di dengari oleh gay-gay yg berhampiran dengan wartawan itu.
"Eh eh... ada dara lagi la kat sini", ujar salah seorang gay di situ sambil memandang wartawan itu.
"A'ah lah... kat depan kita ada dara", ujar yang lain pula.
Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara.
"Saya bukan dara lagi la", ujar wartawan itu.
"Kalau dah tak dara kenapa kentut. Kuat lak tu. Sempit tuu...", ujar salah seorang gay itu.
Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya di noda secara bergilir-gilir oleh pengunjung kelab gay itu. Menangis teresak-esak wartawan itu. Akhirnya nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya.
Moral kepada lelaki : Jangan kentut dihadapan GAY. AWAS!!
Kepantangan
Aku bebanyak pekara,pekara ini yang aku paling berangin sekali.Mungkin dah tradisi nenek moyang aku kut.Iya lah,kalau setakat nak hang out dengan kengkawan baik ker,kawan tak baik ker,pergi lah,memang aku tak kisah,tapi kalau kata nak bermalam dirumah kawan,hurm memang aku punya kepantangan.Terus akan keluar ayat ini dari mulut aku "Kenapa rumah sendiri dah tak ada lagi ker,nak tidur rumah orang ni."Memang itu lah satu benda yang paling aku pantang sekali.
Mungkin dah terikut cara emak dan bapa aku agaknya.Sebab benda ini memang satu kepantangan bagi famly aku rasanya,iyer lah.Kalau aku dengan adik beradik aku,keluar pergi memana pun,mesti tidur kena balik rumah,tak pun bermain dengan kengkawan pun main di halaman rumah,pasal itu dekat halaman rumah aku ada siap tiang gol besi dan tempat bebudak kampung main bola..hahaha..
Aku pun tak pasti sama ada satu tradisi ataupun ikutan..Tapi yang penting kalau aku dengar pekara tu,sure aku akan melenting terus..
Lawatan Ke Zoo
Hai..aku rasa nak gelak pun ada,mana tak nya dalam minggu ni dua kali aku p melawat zoo.hehehe..Memula aku p Zoo Negeri Johor,bayaran cuma RM2.00.Pergi sana dengan akak dan abang ipar aku bawa anak buah aku jejalan..tapi best juga dapat tengok harimau face to face,nak lagi harimau tu tengah mengganas lak hari tu.Anak buah aku dah melalak ketakutan.Kira boleh tahan juga Zoo Negeri Johor,walaupun tak banyak binatang dia..tapi layan jer..hahahaha..
Pic Bersama gajah..hahaha
Ni lah anak buah aku yang paling bijak bercakap tapi jumpa harimau terus ketakutan..heheh
Pastu semalam pergi lunch kat mamak ngan kawan aku,dah bosan tak tau nak kemana,tetiba dia ajak pergi Zoo Negara,aku dah tergelak dalam hati sebab tak sampai berapa hari aku balik dari Zoo negeri Johor,ni dah pergi melawat Zoo Negara.Apa lagi layan aja.Masuk kena bayar RM15.00,tapi kawan aku yang belanja.
Waktu masuk tu,kita orang lalu kat kawasan sangkar monyet,sekali kita orang tengok ada pula staff Zoo Negara ni pergi wat briefing kat dalam sangkar Monyet yang kosong tu,terus kita orang gelak kekuat dan cakap tak sangka BERUK NI PANDAI BERCAKAP..hahaha..
Tapi ok lah kat Zoo Negara tu..yang paling best tu waktu nak balik, hujan lebat,payung pula tak ada,tertinggal dalam kereta.Apa lagi berlari dalam hujan lebat tu,sebelum tu cakap ngan member aku tu suruh dia cecepat tekan Remote Kereta dia,apa lagi tetiba tak berfungsi la pula,terus dedua kuyup kat luar kereta.
p/s..pastikan sediakan payung sebelum hujan dan pastikan remote kereta anda berfungsi dengan baik didalam hujan lebat..hehehe
A CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM.
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT .
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH..
Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN..
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
So Funny....Kids Are Quick
TEACHER: Maria, go to the map and find North America ..
MARIA: Here it is.
TEACHER: Correct. Now class, who discovered America ?
CLASS: Maria.
____________________________________
TEACHER: John, why are you doing your math multiplication on the floor?
JOHN: You told me to do it without using tables.
__________________________________________
TEACHER: Glenn, how do you spell 'crocodile?'
GLENN: K-R-O-K-O-D-I-A-L'
TEACHER: No, that's wrong
GLENN: Maybe it is wrong, but you asked me how I spell it.
________________________________ ____________
TEACHER: Donald, what is the chemical formula for water?
DONALD: H I J K L M N O.
TEACHER: What are you talking about?
DONALD: Yesterday you said it's H to O.
__________________________________
TEACHER: Winnie, name one important thing we have today that we didn't have ten years ago.
WINNIE: Me!
__________________________________________
TEACHER: Glen, why do you always get so dirty?
GLEN: Well, I'm a lot closer to the ground than you are.
_______________________________________
TEACHER: Millie, give me a sentence starting with 'I.'
MILLIE: I is..
TEACHER: No, Millie..... Always say, 'I am.'
MILLIE: All right..... 'I am the ninth letter of the alphabet.'
______________ ___________________
TEACHER: George Washington not only chopped down his father's cherry tree, but also admitted it. Now, Louie, do you know why his father didn't punish him?
LOUIS: Because George still had the axe in his hand.
______________________________________
TEACHER: Now, Simon, tell me frankly, do you say prayers before eating?
SIMON: No sir, I don't have to, my Mom is a good cook.
______________________________
TEACHER: Clyde , your composition on 'My Dog' is exactly the same as your brother's. Did you copy his?
CLYDE : No, sir. It's the same dog.
___________________________________
TEACHER: Harold, what do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?
HAROLD: A teacher
Bosan Oh Bosan..
Huhuhu..pejam celik pejam celik, dah kat 2 bulan aku x bekerja.Bosan gila,tak tau nak wat apa.Nasib baik la aku belajar lagi,boleh lah hilang sikit rasa bosan tu.
Apa yek cerita yang berlaku diseliling aku sekarang ni yer,yang terbaru Obama akan jadi President Amerika yang baru,pastu dengan ekonomi dunia yang dah meleset ni.
Hurm,sebut pasal ekonomi ini, tertarik juga aku pasal harga minyak yang semakin jatuh di pasaran dunia, dan kerajaan Malaysia pun dah menurun kan harga minyak sedikit demi sedikit, untuk mengelak pengendali stesen minyak kerugian katanya.Tapi bila minyak semakin turun pun bahaya juga buat ekonomi,dibuatnya banyak pengendali stesen minyak ni tutup ataupun sorok minyak parah juga.Iye lah,kalau minyak dah tak der,cam mana pula kenderaan nak bergerak,lori-lori yang hantar makanan atau barang pun susah juga,jadi mungkin harga barang melambung tinggi kalau berlaku faktor ini.
Tapi baru-baru ini kerajaan dah beri amaran sebarang penyorokan minyak,lesen dia orang akan digantung,jadi sesama lah kita tengok yer.Apa yang akan berlaku...
Bukan Superstar
Hahaha..aku suka sesangat lagu dari group ni..lagu dia sangat seronok didengar.Menghiburkan..
andai aku pasha ungu
semua wanita kan memburuku
bila aku ariel peterpan
kau yakin ngefans karena gue keren
seksi badannya mulan jameela
cantiknya dia seperti aku
giring nidji sahabat aku
dekat denganku dialah aku
tapi kenyataan aku bukan siapa siapa
ku ingin engkau mencintaiku apa adanya
Reff:
ku bukan superstar kaya dan terkenal
ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
ku bukan bangsawan ku bukan priyayi
ku hanyalah orang yang ingin di cintai
aaaw... aaaw... aaaaaw...
andai aku letto
wes pasti aku wong jowo
tapi kenyataan aku bukan siapa siapa
ku ingin engkau mencintaiku apa adanya
Reff:
ku bukan superstar kaya dan terkenal
ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
ku bukan bangsawan ku bukan priyayi
ku hanyalah orang yang ingin di cintai
kata orang ku mirip glenn fredly
suara merdu wanita jatuh hati
namun semua itu hanya mimpi ( that's right baby )
bagimu...
( jadi semua itu hanya mimpi )
ya iyalah masa ya iya dong
duren aja dibelah bukan dibedong
Reff:
ku bukan superstar kaya dan terkenal
ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
ku bukan bangsawan ku bukan priyayi
ku hanyalah orang yang ingin di cintai
kamu bukan super kamu bukan s'tar
kalau digabungin kamu bukan superstar
ku bukan bangsawan ku bukan priyayi
ku hanyalah orang yang ingin di cintai
haaa... haaa... haaa...
haaa... haaa... haaa...
GABRIEL
I can fly
But I want his wings
I can shine even in the darkness
But I crave the light that he brings
Revel in the songs that he sings
My angel Gabriel
I can love
But I need his heart
I am strong even on my own
But from him I never want to part
He's been there since the very start
My angel Gabriel
My angel Gabriel
Bless the day he came to be
Angel's wings carried him to me
Heavenly
I can fly
But I want his wings
I can shine even in the darkness
But I crave the light that he brings
Revel in the songs that he sings
My angel Gabriel
My angel Gabriel
My angel Gabriel
Ayat - Ayat Cinta
desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
reff:
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
repeat reff
ketika ku bersujud
Salam Kembali..
Hello..
Ya Allah,Dah bersawang rupanya aku nya blog ni..puas p beli penyapu bulu ayam..lap segala sawang sawang ni ha..Ok..la tunggu la..akan aku nya cerita ya..
Aku Kekeringan Idea...
Dah lama Fizow tak update blog ni.Lagipun Fizow tak tau nak tulis apa wat masa ini.
Rasa tengah kekeringan idea kat dalam otak ni.Tapi apa yang pasti Jumaat depan umur
Fizow dah 25 tahun.Terasa diri ini dah semakin dewasa,dan umur semakin meningkat.
Tak per la.Kalau Fizow ada pekara yang tulis dan pekara menarik yang hendak dikongsikan
nanti fizow update la yer.Apa yang pasti sekarang ni Akademi Fantasia sudah bermula.Vote for Mama Rina(mama rock),Lufya(comel nyer) dan Nubhan(suara best..dan orang negori den)hahaha..Tapi rasa nya Fizow takkan beri komen berkaitan dengan AF,sebab banyak lagi blog-blog lain yang Fizow baca penuh dengan komen-komen yang lebih bagus untuk AF.Dan pasti mulai esok mungkin Fizow akan sibuk dengan kerja,iya lah memacam benda yang akan ditukar kat tempat kerja dan satu Malaysia akan menerima pertukaran tersebut,tapi Fizow tak boleh nak cerita sekarang tunggu lah sidang akhbar dibuat yer..baru lah boleh fizow ceritakan dengan teperinci dan akan membantu untuk melakukan nya yer..ok la..kita jumpa dalam cerita akan datang...tunggu ya..
PERAK OH PERAK
Apa lah cerita di Perak sekarang ni ya.Entah-entah kena mengundi semula.Iyalah kata sepakat belum diketahui lagi,DAP berharap daripada PAS untuk membentuk kerajaan campuran negeri Perak,tetapi syarat yang diminta oleh PAS dia orang nak jadi MB Perak,jadi kesimpulan nya masih tersimpul lagi.
Apakah PAS akan bersatu dengan DAP di PERAK untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri campuran disana.Kalau PAS bersatu alamatnya PAS telah menjilat ludahnya sendiri,kerana PAS pernah keluarkan kenyataan bahawa orang-orang UMNO adalah kafir kerana orang UMNO bersatu dengan MCA,MIC,GERAKAN dan lain-lain parti yang terdapat dalam BN.Jadi adakah DAP dinaungi oleh orang beragama ISLAM? Satu MALAYSIA dan DUNIA tahu DAP adalah parti politik yang ditubuhi oleh golongan CINA.
Jadi apakah kesudahan di PERAK,kita tunggulah beramai-ramai akan keputusannya.Apakah keputusan yang diberi oleh DAP dan apakah alasan yang diberi oleh PAS.Semuanya masih dalam persoalan lagi atau pun rakyat PERAK perlu bersedia kembali untuk mengundi kembali.
PERAK OH PERAK.....
Selamat Datang Ke Malaysia Baru
Dimanakah kesilapan yang berlaku..hanya mereka dan mereka saja yang tahu.satu tamparan yang sungguh hebat buat PAK LAH.belum pernah dalam pilihan raya malaysia,Barisan Nasional kalah seteruk pilihan raya Ke 12 kali ini.Ini lah yang dilaungkan oleh PAK LAH kemenangan besar sebelum pengundian hari itu.PAK LAH perlu sedar kebangkitan penduduk bandar,jika dilihat seluruh bandar-bandar besar jatuh ke tangan PAS,DAP dan PKR.PAK LAH sendiri perlu sedar,mereka yang menang semua dipilih oleh rakyat,jadi jalankan lah pekerjaan itu untuk rakyat.
Kalau sepanjang 2004 sehingga 2008,PAK LAH boleh tidur lena dengan isteri barunya dan cucu dari menantu kesayangannya,jadi kali ini PAK LAH dah tak boleh tidur lena lagi,Kalau nak tidur dengan lena PAK LAH perlu lah letak jawatan.PAK LAH perlu ingat langit itu tidak selalunya cerah,kerana PAK LAH terlalu fikirkan kecerahan cuma satu cahaya kecerahan yang masih cerah bersinar di utara sekali iaitu PERLIS,negeri yang dikatakan oleh KJ dan kroni-kroninya yang kata akan jatuh ke tangan PAS.
Jadi sekarang ini PAK LAH perlu dengar pandangan siapa,KJ sebagai menantu PAK LAH yang kini sudah menjadi MP REMBAU atau mendengar pandangan RAKYAT MALAYSIA YANG MINTA KECERAHAN BUKAN KEGELAPAN jadi yang mana satu masih PAK LAH nak dengar.
Lagi satu PAK LAH terlalu mempersendakan TUN MAHATHIR bapa kesayangan rakyat MALAYSIA,jadi ingatlah PAK LAH jangan sesekali mempersendakan TUN M kerana TUN M lebih arif dengan Rakyat MALAYSIA daripada PAK LAH.Jadi segala projek kerajaan yang dicadangkan oleh TUN M ketika dulu,perlulah PAK LAH sambungkan semula projek itu dan PAK LAH,rakyat malaysia hendakkan pemodenan bukannya hendak kembali ke zaman 70-an yang disuruh bercucuk tanam.
Sekali lagi PAK LAH,sama ada PAK LAH hendak mendengar KJ atau mendengar pandangan dan suara RAKYAT MALAYSIA.PAK LAH pilih yang mana satu PAK LAH suka.
Disini juga Fizow hendak sertakan juga wajah-wajah yang sudah menjadi KENANGAN mulai 09 MARCH 2008 iaitu :-
Cerita Sang Penglipur Lara
Tak per la,aku malas nak story pasal tu,apa yang aku nak story sekarang ini pasal sekeliling aku ini.Tapi bukan sekarang la,cerita nya mungkin aku dah dapat ilham yang banyak nanti aku story ya.
Tukang tulis,
FiZOW