Coretan Hujung Minggu dan Demam Piala Dunia

Fuh..mengantuk giler bila masuk kerja hari ini,mana tak nya gara-gara penanggan Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan sekarang ini.
Dan disebabkan itu juga,aku tak dapat update Blog aku,sebab melekat didepan tv untuk menonton bola,hehehe.Tapi aku tak lah terlalu fanatik sesangat sampai nak beli jersey atau nak ubah suai rumah jadi macam dalam stadium(ini berlaku di England ok) just menonton untuk melihat cara permainan dia orang.Tapi apa yang aku pasti masa perlawanan Argentina menentang Nigeria,mesti ramai penyokong Argentina yang kecewa dengan persembahan Argentina yang tidak menunjukkan cara permainan yang mantap.Jadi tunggu lah perlawanan akan datang Argentina menentang Korea Selatan,dimana permainan Korea Selatan menentang Greece memang menarik dan boleh di kategorikan didalam perlawanan Kelas A yang begitu cantik sekali corak permainan dia orang pada perlawanan sebelum Argentina menentang Nigeria.

Aku mengantuk pun sebab menonton perlawanan England menentang USA,perlawanan mereka memang cukup menarik asakan demi asakan dan kekangan yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan memang mengasyikkan dan menjadi bersemangat untuk ditonton.Walaupun kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol England kerana kegagalan menangkap bola begitu cermat tetapi itu semua suratan dan tidak dapat ditarik kembali.Kena terima dengan kenyataan.

Ok lah.semakin banyak aku menaip semakin mengantuk pula biji mata aku ini..hehehe

Milik siapa lah kan yang akan jadi pemilik piala keramat ini kan.so sesama lah kita tunggu 11 Julai 2010,dan lihat negara mana yang layak masuk akhir dan menjulang piala keramat.Adakah negara dari Asia layak untuk menjulang Piala ini,cuma tunggu dan lihat aja.

p/s..ketika ini banyak sangat burung beterbangan di atas kepala ku ini..sebab ngantuk..huhuhu

~Senyum Selalu~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Satu Ketika : Beach Cleaning

Malam tadi buka FB tengok ada tag photo,sekali tengok gambar di Teluk Cempedak,Kuantan.Gambar ni memang best,apa taknya nak amik gambar ini entah berapa kali snap sampai 2 photographer yang mengambilnya.Penat memang tak terkata,sebab asyik melompat aja.

Gambar ini di ambil selepas acara Beach Cleaning,so memang best waktu tu,dan bermacam-macam perangai yang dilakukan oleh bebudak ini waktu beach cleaning,tapi yang tak boleh bla..satu sampah dikutip dan berpuluh2 gambar di snap..manjang nampak kamera asyik berposing aja semua..

Walaucam mana pun memang happening waktu itu.kini menjadi satu memori...

~Senyum Selalu~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

World Cup 2010 @ Etiqa


Itu dia,sempena sepak mula Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan,company aku mengajak semua staff menghangatkan lagi suasana,di mana semua staff boleh memakai memana jersey bola sepak sama ada negara,kelab atau sebagainya pada Jumaat ini.

Aku pun tengah memikirkan jersey apa yang aku nak pakai pada Jumaat ini.Penat juga nak memikirkan sebab,jersey aku entah kemana aku letakkan,takut-takut tertinggal dikampung aja.So hari Jumaat tu mesti happening dibuatnya dan nasib baik dia orang dah letak note,tak boleh pakai short pants,kalau boleh aku lah jadi orang pertama yang pakai short pants ke ofis,hahaha.

Apa-apa pun,company aku ini memang best,sebab aku rasa seperti kembali ke zaman sekolah semula,sebab sentiasa aja ada aktiviti yang menarik.

~Senyum Selalu~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti Hujung Minggu

Hahahaha..itu lah perjalanan aku yang bermula pada hari Jumaat ari tu,sempena cuti hujung minggu ini.Aku telah pulang ke kampung halaman aku untuk bercuti dan celebrate birthday's untuk Abah aku,adik aku dan anak buah aku Qayyum yang lahir dalam bulan June dan hari pun berdekatan,so senang celebrate sekali.

So sekarang ni,kalau nak naik bas ke Seremban kena naik kat Hentian Bas Hang Tuah berhadapapan dengan stesen monorail dan lrt so senang lah juga,tetau lah kan kalau balik pas waktu kerja,so kena lah beratur panjang,tapi nasib baik tak lama sebab bas banyak.Bila dah naik bas tu ingatkan boleh berehat dan melelapkan mata,tapi meleset sekali,sebab ada 3 orang mamat india ni yang tak reti berhenti bercakap,bayangkan dari KL hingga Seremban tak berhenti0henti berbual,kalau berbual perlahan tak apa,ni sampai ke driver leh dengar suara mangkuk ini,orang dah menoleh dan siap bagi isyarat suruh diam pun tak fefaham,sakit hati dibuatnya,nasib baik cermin bas tu tak leh dibuka,kalau tak dah kena campak keluar tingkap lah mangkuk 3 ekor tu.

Sampai aja rumah,my sister pun dari JB ada sekali baru sampai so lagi bertambah meriah.Kira happy lah Mak dan Abah aku,sebab cucu-cucu dia balik,kalau cucu-cucu dia yang kat london ada lagi lah bertambah happy dia orang.So bangun pagi my mom dah buat Roti Jala dan tengah hari ada pula jemputan kenduri kahwin,dua tempat kena pergi lak tu,nak tak nak kena pergi juga temankan My Mom.Pas balik dari rumah kenduri kahwin,singgah rumah nenek aku dan melawat pak cik aku yang sedang uzur,kesian juga tengok keadaan dia,just sekarang anak-anak dia tengah cuba bawa pak cik aku tu berubat,semoga dia cepat sembuh.

So seperti yang dirancang nak Celebrate Birthday My dad,adik dan Qayyum,tunggu My Sister balik dari kerja pastu pergi beli cake dan juga Satay.Nak naik pengsan cari satay satu Pilah,akhirnya dapat juga,tu pun kena tunggu sebab nak tahu masih cukup stock atau tak,aku tengok mak cik jual satay tu pun naik lenguh mengipas satay tu,sebab banyak sangat order yang dia dapat,tunggu punya tunggu akhirnya dapat juga satay yang dalam jumlah yang aku kehendaki.Balik rumah terus celebrate reramai,memang best bila semua berkumpul dan makan-makan.

Apa-apa pun Happy Birthday wat Abah,Adik dan Qayyum

~Senyum Selalu~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Team My Department


Diam tak diam sudah genap setahun setengah aku berada Etiqa Customer Care dan Banca Team dan dalam masa itu juga bermacam ragam yang aku pelajari.Kerja aku di banca team, banyak berurusan dengan Branch Maybank seluruh Malaysia dan melayan karenah mereka yang bermacam ragam,mana yang ok memang ok lah,sambil call leh bergurau senda dan melalut bagai dan mana yang wat kerek so kita pun wat lah kerek dengan dia..lumrahkan..tapi yang tak boleh bla..bila buat kerek tu leh wat berlagak pandai ini,tak tau wat cara tak tau dan ada pula yang pemalas nak baca broucher dan policy contract,bila kita explain pepandai pula nak mengajar kita semula,cam ner tu pastu tak nak mengaku kesalahan sendiri pun ada juga,semua jenis nak tutup pekung didada,tapi itu cuma segelintir FE yang bengap+bodoh sombong ajalah,tapi bila di ingat semula leh jadi bahan gelak kat ofis ini..

Kakak-kakak kat dalam team ini pula memang best,memula masuk dulu cuma aku sorang aja lelaki dalam team ini kesemuanya perempuan sampai adalah FE-FE yang call ingat salah nombor sebab tetiba ada kumbang kata dia orang,tapi sekarang dah ada 2 kumbang kat dalam team aku ini so dah ok lah..hehehe..so bebalik pada kakak-kakak ini dia orang banyak bagi tunjuk ajar dan memberi bantuan dan nasihat dan semesti kena satu kepala,kalau sesiapa yang tak satu kepala sure mesti dah lari sebab sebab semangat berpasukan dalam team ini memang kuat..itulah dimanakan Apa yang penting Kerjasama..hehehe..

Tapi itulah,berapa lama aku akan berada didalam team ini pun aku tak pasti,kerna ketika ini aku masih lagi berstatuskan Contract Staff,just menuggu dengan penuh kesabaran aja..dan tak lupa juga kredit untuk department aku Etiqa Customer Care,sebab tempat ini memang best dan my boss pun memang sporting,tak seperti bos-bos di tempat kerja lama aku yang terlalu penting kan jawatan daripada menjaga hubungan sesama staff.Sebab apa aku kata bos aku sekarang ini memang best,walaupun tekanan dalam kerja itu ada tetapi dia tetap menjaga kebajikan staffnya dan dia sentiasa menyokong apa-apa aktiviti yang dilakukan untuk staff yang kira boleh menaikan semangat motivasi staff untuk bekerja dan dia akan meluangkan masa dia untuk join dalam aktiviti jikalau berkesempatan,tapi selalunya dia tetap ada dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Mungkinkah tempat ini akan menjadi tempat tetap untuk aku,cuma tunggu dan lihat saja.buat kengkawan semua,tak kiralah di Banca Team,Customer Service Team,Sales Team,Retention Team dan Support Team korang semua memang the best among of the best yang sentiasa menghidupkan suasana di department ini.Terima Kasih buat kengkawan semua.Saya Sayang Kamu Semua..Muahhss..

~Senyum Selalu~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wayang@MBO Galaxy Ampang

Hahahaha..Dah lama tak menonton wayang,semalam baru aja pergi menontom wayang di MBO Galaxy Ampang.Memula nak pergi Pavilion tapi my baby ajak pagi ke Galaxy Ampang.Kira 1st time tengok wayang kat sana.
Memandang semalam hari Rabu dan harga disitui memang murah sesangat,hanya RM5.00 untuk satu movie,so apa lagi,sampai 2 movie sekali ditonton iaitu Robin Hood dan Shrek Forever After.Kedua-dua movie memang best sekali dan sound system kat situ pun sedap didengar..


Selesa juga lah dalam panggung itu,cuma ada bebudak yang tak boleh di kontrol,so macam terganggu juga menonton.So kepada ibu bapa yang membawa anak ke panggung wayang,jagalah tingkah laku anak anda.Kami bayar untuk menonton wayang bukan untuk mendengar bebudak jerit dalam panggung wayang.Apa-apa pun Shrek tetap terbaik.Siapa yang belum menonton silalah pergi menonton ya.

~Senyum Selalu~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sana Situ Sini

Hai,dah berapa hari tak update sebab belum ada cerita yang menarik,hurm ..lately cuaca hujan dan panas maka kesihatan badan pun tak menentu,ramai yang sot set sana sot set sini disebabkan oleh selsema,termasuk lah aku.

Dalam masa beberapa hari ini memacam cerita yang berlaku,negara Korea Selatan konflik dengan Korea Utara,Israel yang menghalang bantuan ke Gaza sehingga menyerang kapal-kapal yang membawa bantuan(begitu zalim) dan masalah gula dalam negara yang kronik dan masalah subsidi dari kerajaan yang cuba di perhangatkan dan juga masalah kampung baru dan apa-apa pun jumaat ini akan berlaku sedikit perubahan dalam kabinet negara dimana pertukaran beberapa portfolio menteri dan timbalan menteri dan tak lupa juga buat kengkawan ofis ini yang dapat kenaikan gaji,cuma aku aja yang menunggu bilakah akan dapat merasa ini semua,just berdoa pada Yang Esa semoga dapat serap menjadi permanent Insyallah.

Kengkawan kat ofis ini pun semua tengah menghitung hari untuk menikmati percutian beramai-ramai ke langkawi pada hujung bulan ini,jadi langkawi kena tunggulah gegaran kami ya,so dah bermacam aktiviti yang dirancang untuk dilakukan disana,dari bershopping,game dan function untuk night dinner.Tapi seminggu sebelum ke Langkawi,aku akan ke Tumpat,Kelantan sempena CZR disana,kira membuat kerja-kerja amal sambil menyampaikan zakat syarikat.

Hurm after kerja nak pergi tengok wayang cerita Robin Hood dan Shrek..heheheh

~Senyum Selalu~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS