Coretan Hujung Minggu dan Demam Piala Dunia

Fuh..mengantuk giler bila masuk kerja hari ini,mana tak nya gara-gara penanggan Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan sekarang ini.
Dan disebabkan itu juga,aku tak dapat update Blog aku,sebab melekat didepan tv untuk menonton bola,hehehe.Tapi aku tak lah terlalu fanatik sesangat sampai nak beli jersey atau nak ubah suai rumah jadi macam dalam stadium(ini berlaku di England ok) just menonton untuk melihat cara permainan dia orang.Tapi apa yang aku pasti masa perlawanan Argentina menentang Nigeria,mesti ramai penyokong Argentina yang kecewa dengan persembahan Argentina yang tidak menunjukkan cara permainan yang mantap.Jadi tunggu lah perlawanan akan datang Argentina menentang Korea Selatan,dimana permainan Korea Selatan menentang Greece memang menarik dan boleh di kategorikan didalam perlawanan Kelas A yang begitu cantik sekali corak permainan dia orang pada perlawanan sebelum Argentina menentang Nigeria.

Aku mengantuk pun sebab menonton perlawanan England menentang USA,perlawanan mereka memang cukup menarik asakan demi asakan dan kekangan yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan memang mengasyikkan dan menjadi bersemangat untuk ditonton.Walaupun kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol England kerana kegagalan menangkap bola begitu cermat tetapi itu semua suratan dan tidak dapat ditarik kembali.Kena terima dengan kenyataan.

Ok lah.semakin banyak aku menaip semakin mengantuk pula biji mata aku ini..hehehe

Milik siapa lah kan yang akan jadi pemilik piala keramat ini kan.so sesama lah kita tunggu 11 Julai 2010,dan lihat negara mana yang layak masuk akhir dan menjulang piala keramat.Adakah negara dari Asia layak untuk menjulang Piala ini,cuma tunggu dan lihat aja.

p/s..ketika ini banyak sangat burung beterbangan di atas kepala ku ini..sebab ngantuk..huhuhu

~Senyum Selalu~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: