Birthday oh Birthday


Semalam 28 Mac 2011 genap lah umur aku 28 tahun dan semalam juga bermacam kejutan di terima,dari tempat kerja sehingga lah bermain tepung dan telur di Kampung Baru.Terima kasih kepada yang tersayang dan kengkawan yang disayangi iaitu Art,Shahril,Linda,Azahan,Nadia dan juga Que merangkap kekasih gelap dan terang Nadia dan juga Alif housemate aku yang turut serta dalam majlis tersebut.

Apa yang pasti,aku telah terima 2 kek Birthday dalam satu hari,dan kepada kengkawan di Facebook terima kasih bebanyak atas wish kalian tersebut dan aku akan reply satu persatu wish tersebut tapi mengambil masa sedikit lah ya..

Terima kasih sekali lagi aku ucapkan kepada mereka yang tersayang..I love you so much...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bandung Oh Bandung

Percutian ke Bandung sungguh menarik sekali.

5 hari 4 malam disana dengan pelbagai aktiviti yang menarik.Shopping,shopping dan shopping lagi itu lah yang kami lakukan ketika disana dan lepas shopping makan,itulah kerjanya.Boleh dikatakan berat badan kami semua dah naik 5kg setiap orang,makanan disana sunggug sedap-sedap belaka.

Memang tak dinafikan cara hidup disana sangat berlainan dengan di Malaysia,kadangkala rasa betapa bertuahnya menjadi rakyat malaysia,kerna di setiap persimpangan pasti akan ada peminta sedekah dan juga anak-anak remaja akan menyanyi di tepi tingkap kereta sambil memain gitar untuk mendapatkan duit,betapa daifnya sebahagian kehidupan disana.Mungkin kita perlu hantar anak-anak remaja yang pemalas untuk tinggal disana biar mereka tahu bagaimana hendak berusaha mencari duit.

Disebalik itu sikap penduduk Bandung pun sungguh menarik sekali,kenderaan dijalan raya sentiasa bertali arus,jikalau hendak melintas cuma angkatkan tangan dan pasti mereka akan berhentikan kereta dan memberi laluan kepada kita, tak macam di Malaysia kena hon ada lah,tak pun sumpah seranah pun boleh kena,walau sesak macam mana pun kenderaan tetap bergerak dan mereka bukan jenis parking kereta sesuka hati.Itu lah satu sikap pemandu-pemandu disana.

So 5 hari 4 Malam berada disana memang sungguh indah sekali,dari tempat shopping,makanan dan suasana harian disana memang best dan terasa berat hati juga bila berlepas dari Airport Bandung.

p/s :-tunggukan pic-pic menarik kami dari bandung yang penuh kegilaan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peluang dan Dilema

Aku tak tau apa yang harus aku lakukan...adakah aku terlalu kejam atau aku terlalu ikutkan perasaan.Mungkin aku dah terlalu memberi banyak peluang dan sentiasa mengalah sehingga pekara-pekara yang terjadi memakan diri aku.Hurm aku pun tak tau nak fikir kan macam mana lagi.

Dalam pekara ini siapakah yang harus dipersalahkan adakah diriku atau mereka-mereka yang pernah kenali dan yang ingin bersamaku yang harus dipersalahkan.

Aku pun tak pasti sejauh mana kehebatan aku sampai kan kawan aku katakan adakah aku memakai susuk atau menggunakan sebarang ilmu yang membuat ramai yang menggilai aku dan merayu-rayu damba pada aku.Walhal aku sendiri tak kan sekali menggunakan benda-benda yang khurafat dan menyalahi hukum agama.

Apa yang aku pasti,jikalau aku sukakan seseorang itu, aku akan layan dengan penuh kasih sayang dan akan cuba memberi yang terbaik untuk dirinya,tapi jikalau orang itu tidak mengerti apa yang aku lakukan dan sentiasa mencurigai diriku, jadi adakah aku harus perlu meneruskan perhubungan itu dan selepas beberapa kali peluang telah aku berikan tapi tak pernah dihargai juga dan apabila semua terjadi baru lah nak menangis bagai mengatakan baru sedar kesilapan yang dilakukan dan merayu tak boleh hidup tanpa aku.WTF..aku pun ada juga harga diri dan aku pasti jikalau 1000 kali peluang pun yang diberikan pasti perangai yang sama akan dilakukan.

Kekadang aku percaya akan roda kehidupan,kerna pekara yang kita lakukan pasti akan menimpa diri kita kembali,tapi masalahnya adakah aku yang benar-benar bersalah kerana tidak memberi peluang untuk sekian kali nya sehingga membuat dia bersedih dan menangis merayu-rayu.Apa yang pasti sekarang ini aku hanya berserah pada takdir akan perhubungan yang baru ini,dan aku tak perlu terburu-buru dan cuma perlu mengenal isi hatinya dengan sebenar-benarnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

C I N T A

Hi,Lama betul aku tak update blog nie rupanya dah bersawang bagai aku rasa..sesuai sesangat dengan nama laman sengsawang kan...hahahaha...

Apa yang korang akan lakukan bila dilamun CINTA.






Itu lah yang sedang aku alami selepas bertahun-tahun tak bercinta dan kini hangat bercinta kembali.

Dek kerana terlalu aku meminati dia nie,aku sanggup hantar bunga ke ofis dia dan bear..hahaha.

So far respond si dia ada lah juga, tapi masih dalam keraguan kerna dia kata macam ni

"I suka pada u, i senang dengan u camner i tak nak terburu-buru dan i tak nak i berjalan dengan cepat,so I'm just gonna go easy n slow"

tapi hati aku terlalu rindukan dia,just nak hilangkan rindu tue..selalu lah aku sms dengan dia,tapi
aku tak pasti kalau benda yang diharapkan tidak menjadi,mungkin aku terlalu banyak fikir
yang negative sehingga buat kerja pun tak menentu,apa yang pasti sekarang ini aku cuba dan mencuba untuk mendapat dia dan menjadi dia milikku 100%.Hanya menadah tangan dan berdoa pada yang Esa agar sesuatu yang diharapkan menjadi kenyataan.

I Miss You So Much

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS