Peluang dan Dilema

Aku tak tau apa yang harus aku lakukan...adakah aku terlalu kejam atau aku terlalu ikutkan perasaan.Mungkin aku dah terlalu memberi banyak peluang dan sentiasa mengalah sehingga pekara-pekara yang terjadi memakan diri aku.Hurm aku pun tak tau nak fikir kan macam mana lagi.

Dalam pekara ini siapakah yang harus dipersalahkan adakah diriku atau mereka-mereka yang pernah kenali dan yang ingin bersamaku yang harus dipersalahkan.

Aku pun tak pasti sejauh mana kehebatan aku sampai kan kawan aku katakan adakah aku memakai susuk atau menggunakan sebarang ilmu yang membuat ramai yang menggilai aku dan merayu-rayu damba pada aku.Walhal aku sendiri tak kan sekali menggunakan benda-benda yang khurafat dan menyalahi hukum agama.

Apa yang aku pasti,jikalau aku sukakan seseorang itu, aku akan layan dengan penuh kasih sayang dan akan cuba memberi yang terbaik untuk dirinya,tapi jikalau orang itu tidak mengerti apa yang aku lakukan dan sentiasa mencurigai diriku, jadi adakah aku harus perlu meneruskan perhubungan itu dan selepas beberapa kali peluang telah aku berikan tapi tak pernah dihargai juga dan apabila semua terjadi baru lah nak menangis bagai mengatakan baru sedar kesilapan yang dilakukan dan merayu tak boleh hidup tanpa aku.WTF..aku pun ada juga harga diri dan aku pasti jikalau 1000 kali peluang pun yang diberikan pasti perangai yang sama akan dilakukan.

Kekadang aku percaya akan roda kehidupan,kerna pekara yang kita lakukan pasti akan menimpa diri kita kembali,tapi masalahnya adakah aku yang benar-benar bersalah kerana tidak memberi peluang untuk sekian kali nya sehingga membuat dia bersedih dan menangis merayu-rayu.Apa yang pasti sekarang ini aku hanya berserah pada takdir akan perhubungan yang baru ini,dan aku tak perlu terburu-buru dan cuma perlu mengenal isi hatinya dengan sebenar-benarnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: