Bandung Oh Bandung

Percutian ke Bandung sungguh menarik sekali.

5 hari 4 malam disana dengan pelbagai aktiviti yang menarik.Shopping,shopping dan shopping lagi itu lah yang kami lakukan ketika disana dan lepas shopping makan,itulah kerjanya.Boleh dikatakan berat badan kami semua dah naik 5kg setiap orang,makanan disana sunggug sedap-sedap belaka.

Memang tak dinafikan cara hidup disana sangat berlainan dengan di Malaysia,kadangkala rasa betapa bertuahnya menjadi rakyat malaysia,kerna di setiap persimpangan pasti akan ada peminta sedekah dan juga anak-anak remaja akan menyanyi di tepi tingkap kereta sambil memain gitar untuk mendapatkan duit,betapa daifnya sebahagian kehidupan disana.Mungkin kita perlu hantar anak-anak remaja yang pemalas untuk tinggal disana biar mereka tahu bagaimana hendak berusaha mencari duit.

Disebalik itu sikap penduduk Bandung pun sungguh menarik sekali,kenderaan dijalan raya sentiasa bertali arus,jikalau hendak melintas cuma angkatkan tangan dan pasti mereka akan berhentikan kereta dan memberi laluan kepada kita, tak macam di Malaysia kena hon ada lah,tak pun sumpah seranah pun boleh kena,walau sesak macam mana pun kenderaan tetap bergerak dan mereka bukan jenis parking kereta sesuka hati.Itu lah satu sikap pemandu-pemandu disana.

So 5 hari 4 Malam berada disana memang sungguh indah sekali,dari tempat shopping,makanan dan suasana harian disana memang best dan terasa berat hati juga bila berlepas dari Airport Bandung.

p/s :-tunggukan pic-pic menarik kami dari bandung yang penuh kegilaan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: