Kepenatan tahap Maksima


Sehingga ke hari ini aku masih belum dapat rehat yang sempurna,sejak keluar hospital hari itu,aku terpaksa terkejar sana-sini,hari ini aku ada di Hospital Teluk Intan,aku sampai di daerah ini semalam hari Rabu,sepatutnya aku dah gerak hari selasa hari itu,tapi kakak aku yang sulung call minta tolong booked kan tiket untuk dia pulang ke London 25hb June nie,terpaksa lah aku survey dari satu travel agency ke travel agency sekitar Kuala Lumpur untuk dapatkan tiket akan tetapi semua jawapan yang diberi seat ke London terlalu limited hampir semua flight penuh baik MAS,EMIRATES,SIA atau sewaktu dengannya,lastly aku gie ke Ukhwah Travel Agency kat area Medan Tuanku,disana aku dapat flight Royal Jordan so flight jumaat malam,so tanya my sister dia kata ok,so aku book kan aja,alih-alih sampai kat umah kakak aku kata cuba tempah Air Asia senang sikit direct flight ke London,rasa nak pitam aja,sebab badan dah nak demam berjalan satu KL,kalau beli tiket Air Asia sambil tidur dah boleh buat,nak wat macam mana,saya kan adik..hahaha.

So semalam sampai aja kat Teluk Intan dalam kul 3 petang,dah lah sebelum tue ada benda menyusahkan pula,dah naik bas,driver bas kata tak masuk Teluk Intan,dah terpaksa naik ke tiket kaunter nak tukar tiket,jumpa budak kaunter dia kata bas memang masuk Teluk Intan cuma terlupa nak inform Driver bas,dah turun semula kat platform dan naik semula bas yang sama,adohai dah lah tangga semua tinggi dengan beg lagi,pening kepala dibuatnya.Sampai aja Teluk Intan,my mom cakap my sis dah boleh kena discharge on Khamis,so dah keluar balik ngan my mom gie cari gift untuk doc ngan staff nurse ICU Teluk Intan,so kita orang gie beli kat Giant Rapid Mall Teluk Intan,and jumpa lah MUG nie sangat lah cantik,so harga kat situ dia letak RM2.99 so amik lah kat 20 biji,bila bayar kat cashier tetiba harga dia RM5.99 so apa lagi dispute,coz harga yang dipaparkan semua berlainan,bukan salah cashier tue,yang salah orang display barang-barang tersebut coz letak harga salah,so dapat lah harga MUG tu RM2.99.

Dah beli barang nak balik hospital semula,punya lah lama tunggu cab tapi tak ada yang datang,terpaksalah berjalan kaki ke terminal bas untuk amik cab,setengah perjalanan tetiba ada cab berhenti,syukur Alhamdulilah,on the way nak balik hospital mak aku bagi tau yang adik aku ngan kakak aku yang sulung accident dia orang terbabas tepi jalan mujur tak ada cedera,cuma tangki minyak hitam aja yang bocor sebab terlanggar kayu besar melintang kat tengah-tengah highway area dengkil,aku tak tau nak cakap apa,just bersabar aja dan berdoa pada Allah Taala supaya dijauhkan dari sebarang musibah lagi,so sampai hospital kat kul 7.30 dah bagi barang konon nak duduk dalam wad dengan my mom and my sis,tapi tak boleh.huhuhu..dah lah wad tu kepanasan air cond rosak,jadi terpaksa lah aku tido kat hotel malam tadi.

Nak pegi ke hotel bukannya dekat,tunggu bas and cab tak ada yang datang,so just jalan kaki aja lah,kat 15 minit jalan tetiba ada bas lalu,nasib baik kalau tak terpaksa lah jalan kaki sejauh-jauh alam,dari hospital ke bandar bukannya dekat,adalah kat 3km..adohai.sampai bandar melilau satu bandar cari hotel,tanya orang dia kata kat belakang The Store,wal hal The Store pun aku tak tau mana diam nya,mujur lah ada lagi sorang apek nie bagi direction lengkap coz aku dah jalan ala-ala tourist ngan short,backpack dan beg jinjing bagai.So sampai di hotel kena bayar RM90 untuk standard room tapi cantik lah bilik nya dan selesa,tetapi waktu keluar lift tue,aku cari bilik rerupanya bilik hujung sekali dah lah lorong ke bilik tue macam horror sedikit,so malas nak pikir apa masuk bilik mandi and sembahyang,so my sister call tanya duduk mana so,cakap lah duduk kat Hotel Anson so my sis leh kata apa,"jaga-jaga duk situ,hotel tu kurang ok sikit" adohai,dah serabut kembali kepala otak aku.

So dalam kul 9 malam perut dah kelaparan,keluar lah jejalan sesorang gie cari makan kat medan selera nthen lepak sesorang depan Menara Condong Teluk Intan sesorang macam bodoh,dalam masa sama hati tengah sakit ber SMS,so just duk relax kat area situ.Bila dah terasa bosan terus balik semula ke Hotel,so tak nak pikir apa-apa just basuh kaki and amik wuduk naik atas katil dan tidur,semua lampu dan TV saja aku on kan tak nak tutup,yes apa yang aku jangka memang berlaku,langsung aku tak leh tidur sampai ke pagi coz ada lah yang menggangu di malam hari,Babi sesangat kalau dia show off memang aku terajang cecukup,menyusahkan orang aja nak tidur pun tak boleh,so after azan Subuh baru lah mata aku leh terlelap tu pun tak lama,coz my mom dah call tanya dah solat ke belum dan pesan breakfast,terus bangun dari katil,masuk toilet mandi pastu solat and then check out terus dari hotel.So sekali lagi melilau kat bandar Teluk Intan mencari breakfast and cab untuk ke hospital.

Sampai hospital,si Sister Ward ni kerek lah pula,leh cakap skrg bukan waktu melawat dan lelaki tak boleh nak tunggu,so apa lagi menjawab lah,yang aku nak bagi mak aku breakfast takkan nak biar mak aku kelaparan dan nak kemaskan barang-barang kakak aku sebab jap lagi dia nak kena discharge,terus pompuan tu blah kena sound.hehehe.So aku terpaksa tunggu sampai kul 4 petang sebab tadi doc cakap kul 4 baru leh discharge dari wad..adohai...Mata Aku dah nak rabak nie..huhuhuhu..nak balik tidur...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menyesal

I love this song so much,kerna di sebalik lagu dan video clip ini adalah jalan hidup aku.


Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dugaan Demi Dugaan

Ketika ini apa yang termampu aku lakukan hanya berdoa pada Yang Maha Esa,semoga kakak ku dapat pulih kembali dari penyakit di alami sekarang ini.

Kakakku telah dimasukkan ke ICU Teluk Intan pada 17/06/2011 disebabkan oleh Denggi dan antara punca dia dimasukkan kerana dia mengidapi penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

SLE ialah penyakit kronik autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba `berubah dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.

Ketika aku terima panggilan dari adikku masa itu,aku dah berada didalam bas untuk ke Rompin Pahang untuk Etiqa CZR bersama anak-anak yatim,mujur bas belum bergerak lagi waktu tu.Dari office terus aku ke Hentian Puduraya beli tiket ke Teluk Intan.

Bila sampai hospital,aku dah tak dapat menahan sebak melihat kakak aku pada waktu itu,kerna keadaan dia ketika itu memang sungguh menghibakan hati aku sekeluarga kerna belum pernah dan kami tak jangka dia akan berada sedemikian,kami sekeluarga hanya mampu berdoa dan berdoa agar dia kembali pulih sediakala.

Sebelum aku pulang ke Kuala Lumpur semalam,perubahan sudah ada pada kakak ku,dia dah kembali memberi tindakbalas dan doktor kata progress yang baik pun telah ditunjukkan dan ada peningkatan dari memula dia dimasukkan ke ICU.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Tinggal Ampang Puteri Specialist Hospital


Ya hari ini 13 June 2011, aku telah di benarkan oleh doktor untuk pulang selepas seminggu aku berada di dalam wad 542 Hospital Pakar Ampang Puteri.

Anyway,aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak kepada Doktor Azhar yang merawat aku selama seminggu berada di wad ini dan juga para Jururawat yang bertugas sentiasa memberi kerjasama yang bagus sekali.Your service very excellent.No wonder kenapa staff Etiqa ramai yang admit kat hospital ni.

Facility di dalam wad juga amat menyenangkan,semua benda ada termasuk lah mini firdge..hehehe..Katil wad nie pun my ofis dah suka giler,biler dia datang melawat tak sah kalau tak main remote katil.

Kepada kengkawan yang selalu datang melawat terima kasih berbanyak,mungkin pasni korang takkan datang melawat aku kat hospital lagi sebab aku tak sanggup nak masuk wad lagi,bosan siut bila keseorangan,mujur ada laptop dan tv sebagai hiburan.

Bagaimanapun,aku mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua kakitangan Hospital Pakar Ampang Puteri dan juga my doktor Dr Azhar b Mohd Zain diatas segala nasihat dan rawatan yang diberi.

Semoga perkhidmatan yang diberi akan terus kekal dan dipertingkatan.


Dengan Tulus Ikhlas

FiZOW JAMLi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hazama Oh Hazama


Tahniah buat Hazama Ahmad Azmi atau lebih dikenali sebagai Hazama,apabila berjaya menjadi Juara Akademi Fantasia 9 dan Juara terakhir buat AF kerana selepas ini AF akan terkubur buat selamanya.Persembahan beliau malam ini memang mantap dan setiap minggu dia memang tidak pernah mengecewakan peminat-peminatnya.

Apa yang pasti semangat yang ada pada dirinya itu yang harus dijadikan teladan,kerna tidak pernah mengaku kalah dan tidak cepat patah semangat dari tersingkir waktu Prelude AF 4, dan walaupun dia pernah berkongsi pentas dengan artis-artis terkenal tanah air dengan menjadi penyanyi sementara untuk Meet Uncle Husein(MUH) tapi niat dia untuk belajar dengan tenaga pengajar yang berkaliber di AF memang tidak pernah luntur.Kerna untuk mendapat khidmat dan belajar dari guru Vokal bukannya murah, hanya yang mampu saja mungkin boleh sedemikian.

Apa yang pasti pun,satu Malaysia sudah tahu dan tiada siapa yang boleh menyangkal lagi Juara Akademi Fantasia 9 milik Hazama dan tahniah kepada beliau sekali lagi kerana mengunakan peluang yang diberi sebaik mungkin untuk buktikan yang dia memang Juara Sebenar.


p/s-> sekali tewas bukan bermaksud tewas selamanya...berusaha dan terus berusaha akan dapat hasilnya.Ingat,jangan cepat mudah putus asa.

Maaf saya bukan Fanatik,hanya pengikut dunia seni aja,

FiZOW JAMLi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jangan lepaskan peluang hidup kita

Hai kengkawan,sometimes kita terasa depress atau tension yang tahap melampau sehingga ada pekara-pekara buruk yang terlintas difikiran untuk kita lakukan.Ya saya percaya,kita sebagai manusia dan selagi hidup bergelar manusia, kita tidak boleh lari dari masalah.Sekecil atau sebesar mana pun masalah itu harus kita harungi dan hadapi.Bagi mereka yang terlalu depress atau hypertension yang tahap melampau sehingga sanggup buat pekara sedemikian :-

Terjun Bangunan
(Kalau nak terjun sangat panjat tingkat 88 KLCC baru gempak)

Telan pelbagai jenis pil
(Make sure bukan pil Viagra ya,nanti tak jadi mati,yang lain pula yang hidup aja)

Gantung diri dengan tali gantung
(Make sure jerut di leher bukan di kaki ya)

Kelar lengan atau cederakan diri
(Kalau banyak lemak make sure guna mesin potong pokok)

Tetapi itu lah,pekara-pekara buruk yang dilakukan ini tidak membawa sebarang faedah kepada diri kita atau pun keluarga,apa yang perlu kita lakukan banyakkan bermusahabah kan diri kita.Saya percaya didalam segala tekanan yang kita terima itu masih lagi ada ruang untuk kita berfikir secara rasioanal dan melakukan pekara yang sepatutnya dan bukan terus mengikutkan perasaan atau bisikan syaitan.Seperti contoh kita sebagai orang islam perlu kembali ke asal diri kita semula kembali, begitu juga mereka yang bukan beragama islam,ajaran agama mereka ajar pekara yang sama,nescaya kita akan dapat apa yang kita cari dan ketenangan dalam jiwa ini,

Solat Lima Waktu dengan penuh kekhusyukan

Memperbanyakan amalan mengaji dan membaca Al-Quran apabila keseorangan

Memperbanyakan amalan berzikir


Dan apabila kita melakukan amalan kesemua itu, kita akan terasa sedikit ketenangan tetapi walau apa pun kita harus berjumpa pakar dalam membantu kita membangunkan diri kita dan mencari jati diri kita.Jangan segan dan jangan malu jumpalah dengan Doktor Pakar,kerana mereka akan mendorong kita dalam kita membina semula jati diri kita dan membantu mencari arah tujuan hidup kita.Ya makan ubat memang menenangkan sesangat tetapi sampai bila harus kita bergantung ubat jadi kita kena perlahan-lahan dan berubah dalam menerima sesuatu kenyataan.
Saya sedia membantu anda didalam menyelesaikan masalah diri anda

Jikalau masalah kita terlalu teruk jumpa lah dengan doktor pakar bukan bercerita pada kengkawan sekeliling kerana pandangan kengkawan bermacam-macam dan apa yang diberikan itu adalah benar tetapi terlalu banyak input yang di terima,kita akan terus menjadi lagi depress dan tension.Walau macam mana pun,kawan tetap seorang kawan,kerna kawan juga yang sentiasa mendorong kita untuk meneruskan hidup,begitu juga keluarga kita.Bila kesunyian banyakkan habiskan masa anda dengan mereka,dan bila di malam hari terasa kesunyian,bebawalah sembahyang,berzikir atau mengaji kerna Insyallah segala yang baik datang dari Yang Maha Esa,keburukan itu kita yang cari.

Keluarga dan kawan adalah penyeri ke ahkir hayat.

Ingat sebelum kita melakukan sesuatu pekara yang memudaratkan diri,sentiasalah kita ingat dengan insan-insan yang sayang dengan diri kita.Pengalaman banyak mengajar kita erti hidup yang sebenar,apa yang terjadi semalam jadi kan sebagai satu iktibar dan panduan untuk hari ini dan hari esok dan hari-hari yang akan mendatang, dan ingat nasib untuk merubahkan diri seseorang itu bukan pada Yang Esa, kawan atau keluarga yang akan ubahkan,ia semua bergantung pada kekuatan mental dan fizikal diri kita sendiri.

Love your self,famly and frenz

Fizow Jamli


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tolong Ingat Lirik!!!

Yahoo Buat Pertama Kali Nya Etiqa Customer Care atau ECC club akan menganjur satu pertandingan di Tempat Baru Sales Team yang akan terletak di Tingkat 5 Tower B.Kini ECC telah semakin besar dan mempunyai dua tempat bertugas untuk kesemua Etiqa Customer Care Dept.Apa yang pasti semangat setiakawan seperti dulu harus dikekalkan tanpa sebarang keraguan,

Ya ini dia pertandingan yang akan membuat semua orang menghafal semua lirik-lirik lagu yang sedia ada untuk semua pasukan menang..ini dia pekara yang di tunggu-tunggu jeng jeng jeng..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS