Dugaan Demi Dugaan

Ketika ini apa yang termampu aku lakukan hanya berdoa pada Yang Maha Esa,semoga kakak ku dapat pulih kembali dari penyakit di alami sekarang ini.

Kakakku telah dimasukkan ke ICU Teluk Intan pada 17/06/2011 disebabkan oleh Denggi dan antara punca dia dimasukkan kerana dia mengidapi penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

SLE ialah penyakit kronik autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba `berubah dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.

Ketika aku terima panggilan dari adikku masa itu,aku dah berada didalam bas untuk ke Rompin Pahang untuk Etiqa CZR bersama anak-anak yatim,mujur bas belum bergerak lagi waktu tu.Dari office terus aku ke Hentian Puduraya beli tiket ke Teluk Intan.

Bila sampai hospital,aku dah tak dapat menahan sebak melihat kakak aku pada waktu itu,kerna keadaan dia ketika itu memang sungguh menghibakan hati aku sekeluarga kerna belum pernah dan kami tak jangka dia akan berada sedemikian,kami sekeluarga hanya mampu berdoa dan berdoa agar dia kembali pulih sediakala.

Sebelum aku pulang ke Kuala Lumpur semalam,perubahan sudah ada pada kakak ku,dia dah kembali memberi tindakbalas dan doktor kata progress yang baik pun telah ditunjukkan dan ada peningkatan dari memula dia dimasukkan ke ICU.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: